Nak sambut orang baru..

Alhamdulillah...akhirnya semua kelengkapan untuk menerima orang baru dalam kehidupan kami dah pun dipenuhi... walau ada satu dua perkara yang rasanya tak begitu penting, kami tak sediakan. Cukuplah sekadar yang ada. Lagipun, tak perlu nak ber'over-over'. Lepas ni kena fikirkan barang-barang keperluan lain pulak yang perlu kami sediakan setiap bulan, contohnya susu dan pampers. Itu tak termasuk kos perubatan dan sebagainya. Al maklum la, bayi ni kadang-kadang kita tak boleh nak menjangkakan kesihatan mereka. Semuanya kami kena fikirkan, dan tak lupa juga bayaran taska dan keperluan-keperluan lain yang akan diperlukan di taska nanti.

Untuk baju baby kali ni aku tak berbelanja banyak sebab baju Hurin yang dulu masih ada yang boleh digunakan. Lagipun bagi aku, baju baby tak perlu banyak sebab nanti dia akan cepat besar. Orang kata, kalau baby boy lagi la pembesaran dia cepat. InsyaAllah nanti bila dan masuk 3 bulan atatu 6 bulan ke atas, boleh la kami shopping untuk baju baru pulak. Yang penting tidak membazir dan sesuai dengan kehendak semasa.

Bila barang-barang keperluan semua dah disediakan, rasa begitu tak sabar nak menunggu kehadiran bayi baru ni...Aduuhhh, memang tak boleh nak gambarkan perasaan excited aku ni. Hanya Allah yang tahu. Kadang kala aku membelek-belek baju yang dah ready dalam bakul. Kadang-kadang pulak suami pun sama membelek-belek barang keperluan lain seperti botol susu, bedak, mandian dan macam-macam lagi, haha.. semua nya sudah tak sabar.

Yang pasti, masa itu akan tiba jua. Diharapkan agar semuanya berjalan lancar dan aku dapat bersalin dengan cara normal seperti anak yang sulung dulu, InsyaAllah.

Lagi lagi melalaikan

Ya Allah..apa nak jadi dengan dunia sekarang. Dunia orang melayu yang penuh dengan kelalain dan kealpaan.

Apa yang nak aku luahkan di sini ialah dengan keadaan semasa anak-anak muda dan anak-anak kecil sekarang. Anda baca dan anda fikir.

Idola kecil...huh... aku tak boleh tengok malah dengar sekalipun iklan rancangan ni. Begitu mudah syaitan melalaikan umat manusia yang beragama Islam. Sape yang nak dipersalah kan dalam hal ini. Kanak-kanak itu sendiri, ibu bapa nya ke, rancangan TV ker atau pun kerajaan?

Kanak-kanak mungkin tidak mengetahui hujung pangkal tujuan hidup di muka bumi Allah ini. Seperti yang kita sedia maklum, kanak-kanak memang suka dengan bunyi-bunyian, nyanyian dan sebagainya yang berentak. Malah tak dinafikan, jika pembelajaran diselang seli dengan muzik akan memudahkan kanak-kanak mengingati apa yang dipelajari. Tapi, tak perlu lah sampai bercita-cita menjadi penyanyi. Mungkin juga mereka tidak mengetahui dosa pahala secara menyeluruh. Jadi dalam hal ini, ibu bapa patut dipersalah dalam mendidik anak-anak. Kita bukan orang barat yang perlu mengikut setiap keinginan anak-anak. Anak-anak ibarat kain putih, kita ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan mereka. Jika ke kiri, kiri lah haluan mereka, jika ke kanan, maka ke kanan lah haluan mereka. Impian ibu bapa muslim yang sebenarnya ialah dikurniakan anak yang soleh dan solehah bukannya anak-anak yang terloncat-loncat dalam kaca televisyen untuk menghiburkan seluruh manusia. Nauzubillahiminzalik...

Pihak penerbit TV pula berlumba-lumba mencari bilangan penonton paling ramai dengan menyediakan rancangan-rancangan yang melalaikan dari golongan kanak-kanak hinggalah yang dah berkedut. Yang penting mereka mendapat ranking tertinggi dan dapat mempengaruhi semua lapisan usia. Waktu tayangan juga di siarkan pada waktu-waktu puncak di mana ahli keluarga berkumpul untuk bersama-sama mengumpul dosa menonton rancangan yang ala-ala monyet di dalam zoo... ye la.. terloncat-loncat, terpekik-pekik.. MasyaAllah... dari anak kecil, adik beradik, ibu ayah hinggalah datuk nenek... begitu bangga melihat ahli keluarga menjadi salah soorang peserta... Wow! Bangga nya anak mempunyai suara yang lemak merdu... Tapi mereka lupa yang mereka selangkah ke arah pintu neraka... Nauzubillahiminzalik ... sekali lagi.

Marilah kita sama-sama merenung masa depan anak-anak muda ini. Beginilah rupa pemimpin negara kita pada masa depan... tunggu dan lihat lah dunia..

Sunnah Rasul

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana membuka hati ini untuk menonton rancangan Halaqah di TV9. Tentang Sunnah Rasul. Bab ni memang ramai yang tak tahu. Di sini ada beberapa Sunnah Rasul yang jarang diketahui dan di amalkan oleh orang Islam.

Bagi lelaki, kebanyakannya mereka hanya tahu tentang Sunah Rasul yang satu tu jer. Paham-paham je la.. mesti bab kawin 4 jer. Hehe.. memang itu yang selalu disebut-sebut.
Mengikut penceramah tersebut, terdapat pelbagai lagi Sunnah Rasul yang boleh kita amalkan.

Antaranya cara memakai cincin. Nabi Muhammad S.A.W memakai cincin yang mempunyai permata di jari manis sebelah kanan. Apabila baginda ingin memasuki bilik air, baginda akan membuka dulu cincin tersebut. Jadi apa salah nya ikut Sunnah Nabi yang paling mudah ini dengan niat mengikut Sunnah Nabi. Tak semena-mena, dapat pahala. Senang je kan. Cincin yang kedua dipakai oleh Nabi Muhammad S.A.W ialah bermatakan cop mohor di mana baginda menggunakannya untuk urusan pemerintahan baginda.

Selain itu, Nabi juga suka memakan labu air dan buah tamar yang masak ranum. Jadi sesiapa yang ingin mengamalkan diet yang dapat mengelakkan dari segala jenis penyakit. Jadi lepas ni, bila memakan labu, niatlah mengikut Sunnah Rasul.

Bagi wanita pula, ribalah suami dan urut-urut lah janggut suami serta bulu dada suami. Kalau tak ada bulu dada pun tak mengapa, sekadar mengusap dada suami. Juga niat mengikut Sunnah Nabi. Biasa buatkan?

Antara lain ialah menggosok baju suami untuk ke masjid. Ya Allah, begitu senang untuk mendapatkan pahala. Namun, kenapa begitu ramai manusia yang tidak menyedari hakikat ini?

Marilah kita sama-sama memperbaiki amalan diri sendiri dan sentiasa berpesan-pesan sesama kita ke arah kebaikan.

Rezeki Rezeki Rezeki... Thank You Allah..

Rezeki... tak ada siapa yang tahu dalam perjalanan hidup ini kita akan dikurniakan rezeki yang sebagaimana. Namun, segalanya adalah kurniaan Allah. Allah maha pengasih dan penyayang. Dia akan mengurniakan rezeki kepada semua manusia samada yang mengingati atau tidak mengingatinya. Kalau manusia masih lagi tidak bersyukur, itulah namanya kufur terhadap nikmat Allah. Tetapi jangan lupa Allah boleh tarik semula rezeki manusia bila-bila masa saja yang dikehendakiNya. Nauzubillahiminzaalik...

Aku ingin berkongsi kali ini tentang rezeki. Rezeki yang Allah kurniakan tidak berbelah bagi. Alhamdulillah kebelakangan ini Allah mengurniakan rezeki yang tidak pernah terlintas di fikiran aku. Walaupun tidak melimpah ruah, cukup sekadar untuk seisi keluarga, Alhamdulillah. Segalanya adalah nikmat. Nikmat itu tidak semestinya melimpah ruah, kerana itu akhirnya akan mendatangkan riak dan takbur.

Asal dari seorang siswazah yang menganggur, akhirnya aku dilantik sebagai guru tetap (PPPS) di sebuah sekolah rendah di negeri Pahang. Tidak pernah terlintas dalam hati untuk menjadi seorang guru kerana tidak pernah berpeluang untuk menghadiri temuduga KPLI. lebih-lebih lagi ramai yang memohon. Akhirnya dari GSTT aku telah layak memohon Kursus Dalam Cuti (KDC). Selama setahun setengah aku menghadiri KDC, akhirnya aku dapat menamatkan pengajian dengan pointer 3.7. Alhamdulillah.. Suami lah yang paling gembira kerana selama ini dia amat berharap aku mendapat pekerjaan yang tetap untuk sama-sama membesarkan anak kami.

Suami juga tidak putus-putus mencari rezeki selain dari bekerja di jabatan kerajaan. Dulu hobinya bermain dengan kamera, sekarang dia boleh tersenyum dengan kerjaya photographernya sekarang. Minat nye kini menjadi salah satu sumber pendapatan kami sekeluarga. Semuanya tidak pernah terlintas di fikiran aku. Allah telah merancang semua nya dengan begitu complicated.

Anak sulung ku pula yang kini akan memasuki umur 7 tahun dan boleh menguruskan diri malah boleh diharap untuk melakukan kerja-kerja yang mudah di rumah. Boleh la membantu ibunya yang sedang sarat ni. Orang kata, anak perempuan cepat matured dari lelaki. Segala urusan ku di rumah tidak terlalu rumit kerana ada membantu. Suami & anak sentiasa menjadi pembantu bertauliah di rumah ini. :)

Kini kami sekeluarga menunggu kehadiran orang baru . Lagi rezeki yang tidak terhingga yang Allah kurniakan. Thank You Allah. Jadikanlah aku orang sentiasa bersyukur dan tidak alpa terhadap-Mu. Berkatilah segala rezeki yang Engkau kurniakan ini. Amiinn...

Segalanya berubah...

Dah bertahun aku tak publish post kat blog ni. Kali ni terlintas di fikiran nak berkongsi perjalanan hidup dalam beberapa tahun ini. Lagi pula sempena cuti sekolah ni, ada pulak masa lapang yang membolehkan aku mengerah idea.

Setelah bertahun, segalanya berubah. Yang pertamanya, dari seorang penganggur kini aku telah pun berjaya menamatkan pelajaran di maktab dan telah pun bergelar seorang guru siswazah...Alhamdulillah atas kurniaan Ilahi. Perubahan kedua dalam hidup aku, dari seorang anak kini dah nak menimang anak kedua...juga Alhamdulillah...syukur juga ke hadrat Ilahi.. setelah bertahun penantian, akhirnya aku dan suami akan dikurniakan anak yang kedua tidak lama lagi. InsyaAllah penghujung bulan 1 tahun 2012. Tak sabar rasanya menanti saat itu. Yang paling seronok bila segala kelengkapan menyambut kelahiran orang baru telah pun aku dan suami sediakan. Cepat-cepat ye anak ibu keluar.... :)

Anak sulung ku dah pun berusia 6 tahun dan pada 2012 nanti dia akan melangkah kan kakinya ke alam persekolahan. Dah nak masuk darjah 1 pun. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan, segala kelengkapan pakaian sekolah anak sulung ku Hurin telah pun disediakan dengan serba ala kadar. Tidak terlalu berlebih dan tidak pula terlalu kurang. Kata orang berbelanja biarlah berpada-pada. Anak-anak kecil masih tak tahu nak memilih-milih jenama, janji mereka dapat apa yang mereka mahukan. Aku dan suami memang tidak menitik beratkan jenama, asalkan ada sedikit kualiti dan tidak terlalu mahal. Bak kata orang juga ukur baju biarlah di badan sendiri.

Masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar Hurin hampir berusia 7 tahun. Dan di usia 7 tahun, Hurin akan dikurniakan seorang adik. InsyaAllah, kalau mengikut doktor pakar yang memeriksa aku, katanya baby yang bakal dilahirkan adalah 'boy'. Ya Allah, gembira tidak terkira dengan berita ini. Aku tak kisah samada dikurniakan anak lelaki atau perempuan, asalkan aku dapat melahirkan zuriat yang selama ini aku nanti-nantikan. Namun, Tuhan memakbulkan keinginan suami untuk menimang anak lelaki kali ini. Katanya untuk menemaninya ke masjid. Alhamdulillah, agaknya Allah memakbulkan di atas niat suci suami ku itu. Hurin pun sama dengan pendapat aku. Dia tak kisah adiknya lelaki atau perempuan, asalkan impiannya untuk menjadi kakak termakbul. Aku masih ingat, dia selalu meminta-minta untuk mendapat adik. Lalu aku berkata padanya, kakak minta lah pada Allah...InsyaAllah akan termakbul. Semuanya bagaikan mimpi bila aku sendiri tidak menyedari kehadiran bayi di dalam perut ku ini pada awalnya. Hampir 3 kali aku melakukan urine test. Baru lah aku betul-betul percaya. Itupun pelbagai aktiviti lasak telah aku jalani. Alhamdulillah, kali ni betul-betul rezeki ku. Baby yang dikandung tidak mengalami sebarang masalah walau aku melompat, berenang, berkawad, memanjat tali dan sebagainya.

Buat suami, kesabaran mu amat aku hargai. Dan di kala aku dalam keadaan sarat, suami lah yang paling banyak berkorban di saat-saat ini. Hanya Allah yang akan membalas budi baik mu. Terima kasih suami.....Hazimin Mazran Ibrahim.