Hurin & Chicken Pox...

Chickenpox...rasanya semuanya org tahu perkataan ni...Chickenpox atau chicken pox atau dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai demam campak disebabkan oleh virus varicella zoster. Sesape yang terkena virus ni akan ditumbuhi dengan rash of spot..iatu ruam ler dalam Melayunya...ruam ni kelihatan seperti melecur all over the body sesape yang dijangkiti dan akan terasa gatal-gatal (miang). Selain itu, pesakit akan menghidap batuk dan hidung tersumbat sket...biasanya la ni..
Tapi, penyakit ni tak begitu membimbangkan sebab ianya satu common illness for kids and most people get better by just resting like you do with a cold or the flu. Dan sekarang ni ada plak vaksin utk kanak-kanak seawal usia setahun utk mengelakkan penyakit ini. Dan jika terkena juga, ada suntikan vaksin yang boleh menyembuhkan penyakit ini secepat mungkin.
Hurin, memang disahkan terkena penyakit ni sejak 3 4 hari yang lalu. Mula-mula mmg dia ada mengalami batuk2 kecil tapi, tade plak hidung tersumbat. Bila dah kena, aku rasa panik gak pada awalnya maklum la, kesian tengokkan keadaan dia. Jadi, bila Chickenpox ni dah spread all over her body, aku terpaksa lah minta cuti dari GB utk jaga dia di rumah. Semua pun tahu yang virus ni mudah berjangkit. Bila dapat cuti, lega sket aku rasa sebab tak de lah nanti penyakit ni berjangkit pulak pada budak2 kat taska Hurin tu pulak.
Tak cukup sehari cuti, aku mintak ngan GB utk tambah lagi sehari. Dapat la 2 hari cuti. Pasni, Jimi plak akan amik cuti dan next week may be MIL aku datang utk take care of Hurin. Hope so...klu tak, aku pun tak tahu lah mana aku nak handle.
Macam2 petua yang orang bagi utk cepat pulih dari chicken pox ni. Ada yang suruh minum air kelapa, ada yang guna daun semambu (daun India buat sembahyang dan memang selalu ditanam oleh org India) dan macam2 lagi lah...Ada plak org2 tua yang tak kasik pegi spital, kata mereka, nanti jadi bende lain plak... Aku dalam keadaan yang kelam kabut dan panik, bawak je Hurin gi klinik.
Dari sini lah aku dapat tahu yang rupanya2 Hurin berjangkit dgn sepupunya masa kami balik bercuti bulan 8 hari tu. dan doktor tu cakap mmg penyakit ni akan ambil masa 10-23 hari utk berjangkit. Erm...memang dah sah dah..dan penyakit ni plak spread easily through coughs or sneezes org yang dijangkiti...Erk....skang ni, aku ada jugak alami sakit tekak ni...adakah aku jugak dah dijangkiti virus ni?? Kena tgk la seminggu lagi camne...Redha je la..

Perkara-Perkara Yang Di Larang Pada Bulan Puasa

Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling istimewa berbanding bulan-bulan yang lain di mana Umat Islam dapat menggandakan pahala mereka dengan melakukan berbagai-bagai perkara sunat di mana pahalanya juga akan dilipat gandakan..Alhamdulillah, kita masih bernafas dan berpeluang untuk menghayati Ramadhan kali ini. Tahun depan, kita tak akan tahu sama ada kita masih mempunyai peluang ini atau akan dijemput mengadap Ilahi...Tak ada siapa yang mengetahui selain dariNya.

Dalam bulan mulia ini, kita digalakkan untuk berbicara mengenai perkara-perkara yang baik-baik. Dengan itu, aku terpanggil utk mencoretkan sedikit panduan untuk kita Umat Islam khususnya dalam menjalani ibadah puasa ini. Marilah kita sama-sama merenung sejenak, apa yang akan aku coretkan di sini. Ianya bukanlah lahir dari kata-kata aku sendiri, tetapi dari apa yang aku dengar dari ceramah seorang ustaz dalam radio yang aku dengar semasa pulang dari sekolah. Moga-moga segala apa yang kita lakukan, yang kita baca, yang kita sebut akan menggandakan pahala kita di bulan yang mulia ini.

Bercakap mengenai puasa, ada beberapa jenis puasa. Ada puasa umum yang biasanya dilakukan oleh orang2 tertentu hanya dengan menahan dari lapar dan dahaga. Orang-orang seperti ini berpuasa sekadar untuk memenuhi tuntutan mata pandangan umum. Bila melihat orang lain berpuasa, kita juga berpuasa...agar tidak di tangkap oleh pihak berkuasa. Dan ada juga puasa yang dilakukan bukan hanya sekadar menahan dari lapar dan dahaga, malah semua anggota badan juga berpuasa. Mulut, mata, kaki, tangan, lidah dan sebagainya. Puasa yang sebegini dilakukan oleh orang yang benar2 memahami maksud ibadah puasa dan benar2 mengharapkan keredhaan dari Allah.

Namun, di zaman serba canggih dan mencabar ini, ada golongan manusia yang berpuasa, sanggup menahan lapar dan dahaga, tetapi tidak menunaikan solat Fardu. Cuba saja kita lihat di sekeliling kita. Di pejabat, di tempat kerja, di kilang-kilang, ada golongan manusia yang sebegini. Mereka sanggup untuk menahan nafsu makan sehari suntuk, namun mereka tidak sanggup uuntuk menunaikan solat Fardu di mana solat itu merupakan satu perkara yang paling wajib dan paling asas. "As Solaatu Imaa Du Ddinnn.." Atau bermaksud sembahyang itu adalah tiang agama. Jika kita tidak dirikan tiang, bagaimana kita nak mendirikan dinding dan atap? Begitulah juga dengan ibadah kita. Perkara yang asas perlu diutamakan, jika tidak, apa yang kita lakukan itu (puasa) adalah sia-sia.

Begitu juga dengan sembahyang sunat tarawih. Ramai Umat Islam berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat 'Sunat Tarawih'. Alangkah indahnya jika bulan2 biasa, manusia juga berpusu-pusu ke masjid menunaikan solat Fardu berjemaah. Itu yang lebih afdal. Ustaz tu menyambung lagi, bukan dia menganggap bahawa jika tidak pergi berjemaah untuk solat Fardu, maka tiada guna untuk menunaikan solat Tarawih di masjid. Cuma, apa yang dikesalkan dan boleh disimpulkan di sini, Umat Islam mengutamakan apa yang sunat, sebelum yang wajib. Sedangkan perkara yang wajib itu adalah keutamaan yang sebenarnya. Pahala berlipat ganda jika seseorang itu menunaikan solat Fardu berjemaah. Tetapi pahala ini jarang direbut oleh Umat Islam hari ini. Mereka hanya nampak yang setahun sekali, tetapi yang 5 kali sehari setiap bulan dan setiap tahun itu tidak mereka kejar. Aku huraikan begini agar mudah difahami oleh pembaca-pembaca sekalian.

Aku tertarik dengan huraian yang seterusnya. Kebanyakan ibu bapa hari ini amat menekankan supaya anak menjalani ibadah puasa walau pun belum akil baligh. Ibu bapa begitu ghairah mengajar anak mereka berpuasa dan menjanjikan berbagai-bagai habuan sekiranya dapat berpuasa penuh. Memang ini satu perkara yang amat baik dalam mendidik anak-anak berpuasa sejak dari kecil. Apa yang menjadi kemusykilan di sini, ibu bapa tidak menekankan soal ibadat solat anak-anak mereka. Sedangkan perkara wajib ini perlu di ajar sejak anak berumur 7 tahun. Dan jika masih belum mahu menunaikan solat Fardu, mereka wajib di rotan. Tetapi, hakikatnya ibu bapa masa kini, tidak begitu menekankan aspek ini. Mereka sanggup membiarkan anak mereka lapar dan kadangkala tidak berdaya untuk meneruskan puasa. Malah, ibu bapa terus memberi semangat agar anak-anak tidak membatalkan puasa mereka. Walhal, pokok yang paling utama ialah ajar lah mereka bersembahyang, lebih-lebih lagi sembahyang berjemaah. Ini lah perkara-perkara yang kadang-kadang kita sendiri tidak sedar.

Di sini, Ustaz tu ada berpesan beberapa perkara yang tidak patut dilakukan pada bulan puasa.

1) Tidak menipu
Kita di larang untuk menipu dengan apa jua keadaan sekalipun. Berkata benar lah agar, pahala puasa kita tidak berkurangan. Contohnya, peniaga di pasar-pasar Ramadhan, berkata benar lah apabila di ajukan soalan mengenai produk yang dijual. Jika ditanya bila makanan atau kuih2 itu di masak, maka jawab lah dengan jujur dan ikhlas. Dari situ, pembeli boleh membuat keputusan sama ada untuk membeli atau tidak. Tidak rugi sekiranya kita ikhlas, maka rezeki kita akan dimurahkan olehNya.

2) Tidak mengumpat
Sempena bulan yang mulia ini, elakkan lah dari berkumpul sesama sendiri dan memulakan sesuatu cerita yang tidak enak. Elakkan dari berkata-kata mengenai orang lain. Mengumpat itu umpama memakan daging manusia lain. Banyakkan lah amalan-amalan lain contohnya zikir, membaca Al-Quran, menghadiri kuliah-kuliah di masjid dan sebagainya untuk menambahkan pahala puasa.

3) Tidak membawa fitnah
Kita juga dilarang sama sekali memburuk-burukkan orang lain, lebih-lebih lagi di bulan yang penuh keberkatan ini. Jangan sekali-kali mereka-reka cerita atau memfitnah orang lain. Memfitnah itu dosanya lebih berat daripada membunuh. Jadi, tutupkan lah telinga ke arah perkara-perkara sebegini agar kita tidak mensia-siakan amalan puasa.

Ini saja yang aku dapat kongsikan di sini. Berpesan-pesan lah antara kita ke arah kebaikan...ceramah-ceramah agama seperti ini aku rasa jarang di dengar oleh masyarakt Islam hari ini disebabkan oleh kesibukan mengejar harta duniawi. Sekali sekala marilah kita mendengar radio (IKIM), mendengar Forum Perdana atau Al-Kulliyah. Bukan aku nak promote, cuma kadang-kadang ceramah-ceramah berkaitan dengan agama jarang di siarkan di TV atau di waktu2 puncak menyebabkan ramai Umat Islam yang terlepas peluang ini. Kuliah agama pula sering di adakan di masjid sahaja. Dapatkanlah CD2 yang berkaitan dengan soal-jawab agama dan ceramah-ceramah agar dapat kita mengumpul ilmu di dada buat bekal di akhirat nanti...bukan hanya bekal di dunia. Dapatkanlah CD2 ceramah agama yang dijual di pasaran.

Aku bukan nak tunjuk yang diri aku bagus atau baik sangat. Aku juga manusia biasa yang tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Tetapi, aku cuba dalam melayari hidup yang entah berapa lama lagi masa ini untuk memenuhkan ilmu di dada agar tidak terpesong jauh dari ajaran Rasulullah S.A.W. Coretan aku ini hanyalah semata-mata untuk mengingatkan diri sendiri dan juga untuk renungan kita bersama. Moga-moga kita mendapat berkat dan keredhaan Allah sempena bulan yang mulia ini. InsyaAllah...



Happy Birthday To You...Hurin...MMuuuaccchhh!!

Rasanya belum terlewat utk ucapkan Hepi Besday buat anakanda tercinta...Adeeba Hurin.. Pada 28/8/2009 genap la umur dia 4 tahun. Cepat je rasanya...Teringat-ingat lagi rasanya waktu melahirkan dia...sekrang dah 4 tahun dah masa berlalu...Disebabkan tarikh hari jadi kali ni jatuh pada bulan puasa dan juga hari Sabtu, maka aku tak sempat pun nak sediakan kek Besday Hurin. Apatah lagi pada hari Sabtu tu jugak aku terima panggilan telefon dari JPN yang aku dipanggil utk temuduga KPLI-KDC...

Alhamdulillah...so, bila dah dapat tahu yg aku dpt interview ni, apa lagih, macam biasa la...kecuuuttt peruuut...kuuuussss semangat! Aku bukan ble dengar bab2 interview ni mesti menggeletar satu badan, biarpun dah biasa temuduga sejak akhir2 ni...biasanya dalam setahun ada la 2 3 kali interview...tahun ni pun dah kali ke berapa...tapi, perasaan takut & nervous tu tetap ada..Maka, start dari hari Sabtu hinggalah hari Selasa, fikiran aku bercelaru, pikir takut tak dapat jawab, apa soalan dia nanti, paper work blum siap...sape yg interview nanti...Tuan Haji Murat ke sape...mcm2 lah yg aku pikir...Bila dah sampai hari Selasa, maka tibalah giliran aku utk di temuduga...mmg aku dah agak, aku lah org yang pertama yg diinterview hari tu....daaannn, memang tak lain dan tak bukan yg interview aku adalah Tuan Haji Murat sendiri iaitu Ketua Sektor bagi Pendidikan Khas, Pahang. Nak wat camne, mmg setiap kali pun dah nasib aku cam ni...mesti kena yg first punyerrr...mentang2 la nama aku mula ngan urop 'A'.

So, bila dah tamat interview, aku rasa betul2 free...free sangat2 otak aku ni...aku dah tak kisah nak pikir dapat ke tak...result tu nanti2 lah pikir...tak risau pun. Klu ada rezeki ada la...(walau dlm hati ada gak sedikit harapan..). Masa ni lah sesuai utk aku release tension, pegi beli apa2 yg patut utk celebrate Besday Hurin. Tapi, kali ni aku sambut dgn serba kekurangan. Almaklum lah, gaji lum masuk...may be sebulan dua lagi baru dapat. Kena la berjimat utk raya nanti...nak harapkan Jimie saje , sian pulakkk dia...Tapi, aku nekad gak nak celebrate walau budget cipuuuttt...sebab bile teringatkan Hurin rasa sayu plak...mesti dia happy sangat klu aku buat surprise bawak kek pegi Taska dia..macam tahun2 yg lepas. Budak2, biasa la...bila nampak kek je mesti seronok tak terkata..biar la kek murah pun, janji ada..Yang penting, anak2 happy...Cuma bezanya kali ni, tak ble buat makan2...Almaklum le bulan posa kan...

Punye la nak cepat, last2 tak sempat pun nak packing makanan utk anak2 kat Taska. Bawak je ngan plastik ke Taska & packing je kat sane. Seperti yg aku jangka, bila sampai je di taska, melompat2 si Hurin bila nampak aku bawak barang2 & kek dia. Macam2 tau je itu kek dia...

Disebabkan aku tiba di Taska dalam kol 1 petang, budak2 pun tak ramai. Actually Aunty Zai ni memang tak ambik ramai pun budak2. Ada yg pegi sekolah.. jadi, sempat la kejap aku layan karenah si Hurin ni. Gambar ni semata2 utk dijadikan sebagai kenangan. Untuk Aunty, thanks for the teddy bear...!!


Tengah packing buah tangan utk anak2...but no junk food ok..

Tengah sabar menunggu kek... waktu ni actually masa utk tido...tapi, aku minta Aunty Zai jgn tidurkan lagi budak2 ni...hehehe...



Sorry sayang ...kek murah je utk Hurin...tapi, ikhlas dari hati ibu....


tengah potong kek..



Meh le ibu tolong potong kan...nak makan tak ble, potong pun jadik la...








Dah lepas potong kek, makan time!!

Dah siap makan, masa utk mewarna....suka budak2 ni dapat colouring book sorang satu...

Ni Hurin & best fren nya...sape lagi klu bukan Qilah...Qilah ni umurnya dah 5 tahun....

Ni plak baby Amar...tomey nyeeee....

Ni plak Adif...tomey jugak...geraaaammmm tengok dia!!

Nasi Kerabu Kelateee...Oriii Baiiikkkk Punyer...

Tak lengkap rasanya klu balik kampung tak makan nasik kerabu MIL aku...di bulan posa ni, sempat la sekali aku berbuka dgn nasik kerabu di kampung. Bila balik Kuantan plak, bile rasa dah tak de menu lain, aku ada jugak buat nasik kerabu...tapi simple2 je la...asal ada kerabu, budu dan sikit2 lauk, kire orait la tu...makan nasik kerabu atau nasik ulam ni sebenarnya bagus utk penghadaman...sebabnya, ulam2 tu ada macam zat dlm tu...aku ni plak peminat petai, (maklum le org kampung asli...) so, dgn nasik kerabu pun aku ble je letak petai dlm kerabu tu sekali...MIL aku la ngaja ni...hehehe...tapi mmg best! Sistem penghadaman pun berjalan lancar, tak payah nak makan serat2 or fiber2 lain dah...budu tu sendiri banyak zat terkandung di dlm nye...aku pun lupe zat ape..tapi pernah dinyatakan dalam TV oleh pengusaha budu yang terkenal di Kelantan...Budu Cap Keterehh!!

Ramuan utama nasi kerabu....semestinya BUDUUUUUU


Ulam-ulaman atau kerabuu...di sini ada bunga kantan, petai, kacang panjang, timun, ada daun2 kayu (klu bahasa kelate daun mata ayam..sini aku tatau nak translate), ada daun kesum & lain2 daun...pas tu limau nipis utk diperah dalam budu ataupun terus perah atas nasi.. & bule tambah telur masin...menyedapkan lagi...hidangan nasik kerabu...


Apa nii?? Ohohh...ini lah kelapa yang telah digoreng...ada beberapa campuran di dalamnya...nak resepi penuh, kena la ngadap siap ngan ayam panggang yer...klu sedap lah kelapa goreng ni, maka akan sedap la rasa nasik kerabu tu nanti....hanya Ore Kelate yg bisaaaa!!!


Ni plak tambahan, aku buat sotong celup tepung...cicah dgn pencecah...mmg menjilat jari kaki la..hangit sket...wahahaha..bukan hangit, tapi sebab minyak dah goreng udang dlu...lepas tu dia jadi garing la disebabkan tepung tuuu...

Ni plak udang celup tepung... punn sedaaaappp...



Ni plok etakk...aku tak suke sangat etokk nii....tapi biasanya ore kelate suke benda ni...dorang suke makan ngan nasik kerabu jugak...tapi, aku tak ble masuk sangt..


Kali ni, MIL aku tak buat ayam bakar sebab hari sblm ni dia dah buat percik ayam...jadi, daging bakar ni ble tahan jugak...ni daging gantung ni...



Ni ati lembu goreng...bukan import mali yer...ini lembu tempatan punyer....rakyat kelantan tak makan daging kotak...semua nye yg tempatan maliii punyer....tak caya, balik tanya mak ayah kat Kelantan nuh...


Nasi kerabu kali ni, tak disediakan dengan kuah tumis tuu....nak buat pun bule...ikut selera masing2 la...tapi ini pun dah cukup menyelerakan...cuma aku lagi suka tambah solok lada dan taugeh...klu tak percaya, cuba lah...mesti dapat pikat hati mentua anda....