Fadhilat Sembahyang Tarawih Di Bulan Ramadhan

5 hari berbuka di kampung halaman terasa sungguh puas atii...hehehe..rancangan sebenar 4 hari je, tapi lum cukup...akhirnya kami 3 beranak tambah sehari lagi...sib baik suami senang dapat cuti.. kenangan berbuka puasa di kampung susah nak dilupakan...bila dah berbuka ramai2 macam2 hidangan ble dihidangkan sebab banyak perut yg ble diisi...jadi, apa2 yg rasa nak makan, ble je dimasak sebab confirm licin punyer... lain klu berbuka ngan 3 beranak ni jer...klu masak lebih2 kang tak abis plak...memang la dalam Islam kita digalakkan untuk berjimat-cermat kan... tapi sekali sekali, apatah lagi di awal Ramadhan rasanya tak salah aku belanja lebih sket utk keluarga .. lagipun masak lebih2 pun tak membazir sebab mmg habis pun....kecuali lah kalau kita buang makanan yg tak habis tu...itu mmg berdosa....selama 5 hari itu jugalah aku dapat makan kuih2 tradisional kelantan contohnya akok la.... kuih2 lain aku tak minat, macam jala mas, buah tanjung, tahi itik & etc...ada yg aku tak kenal pun... tapi, klu akok, lebih2 yg berkedut tu...perrghhhh!! mmg tak de kat tempat lain...minuman kt kampung yg aku suka ialah air kelapa...sebab sebiji kelapa muda dijual lebih murah iaitu RM2 sebiji. Jadi, dalam berbuka di kampung tu, hari2 ler aku berbuka dengan air kelapa muda. Sejuk badan rasanya.

MIL aku plak rajin betul masak...dah tahu semua anak menantu dia balik, macam2 masakan yg dia sediakan utk kami. Thanks MIL...hanya Tuhan yg dpt membalas jasamu. Sempat jugak aku bertarawih di masjid yg berdekatan dengan rumah kami di kampung iaitu di kawasan Lati yg tak jauh dari Hospital Lati Pasir Mas, Kelantan. Bila dah balik Kuantan, susah plak nak gi masjid walau masjid 3 langkah je dari rumah, sebab tade org nak jaga anak kat rumah, nak bawak gi masjid, susah..nanti mengganggu jemaah2 lain. Berdosa kita jugak...itulah yg aku hairan, ada ibu bapa yg bawa anak2 kecil ke masjid & membuat bising, lari sane lari sini...terpekik sane terpekik sini....agaknya dorang tak tau hukum hakam....mmg lah niat tu baik nak ajar anak agar rajin sembahyang di masjid...tapi, pendapat aku, cukup la ajar sembahyang berjemaah di rumah dlu...melainkan anak dah akil baligh, dah boleh berpikir, ble la di bawa ke masjid. Ini tidak, anak yg tak tahu ape2 lagi dah di bawa sekali...akhirnya jemaah lain pula yg terganggu dek kebisingan anak2 kecil ini. Aku pernah rasa tak kusyuk bile dengar jeritan anak2 kecil ni di masjid satu malam tu. Kebetulan plak tetibe je lampu padam...gelap gulita....suara imam pun x jelas kedengaran sebab mic tak berfungsi tetibe gak...jadi, bila budak2 ni terjerit2 dlm gelap tu, aku rasa geram n terpaksa pasang telinga betul2 nak dengar suara imam....ini lah padah nya bila bawa anak kecil bersama.

Aku pernah dengar sorang Ustaz memberi ceramah motivasi kat sek yg aku ngajar dlu, dia bercerita tentang zaman nabi dlu ada seorang jemaah yg membawa anak kecil ke masjid. Anak nya membuat bising di dalam masjid dan berkejar2 kejaran dalam masjid. Nabi memanggil anak itu anak 'Syubhah'. Aku tak tahu macam mane ejaannya. tapi gini le lebih kurang. Anak Syubhah tu bermaksud anak yg lebih kurang anak luar nikah. Bukan bermaksud ank luar nikah. Tapi diandaikan begitu. jadi, ayah kepada si anak ni berpikir sejenak. Apakah kesalahan yg telah dia lakukan sehingga anaknya di anggap begitu. Rupanya2 selama ni dia ada pernah memberi makan sebiji kurma yg diambil dari dusunnya yg bersebelahan dengan dusun jirannya. Dia ingatkan kurma itu dari pokok di dusunnya. Rupanya2 dari pokok dusun jiran dia. Bila dah tahu kesilapan tu, dia terus pergi memohon ampun dari tuan punye dusun tu. Itu di zaman nabi. Klu zaman kita ni macam2 hal berlaku. itu yg kadang2 anak2 kita tak dengar kata & sebagainya.
Jadi, sebagai jalan mudah, tak perlu la bawa anak ke masjid klu belum tiba akil baligh...klu nak ajar sembahyang, ajar di rumah je. Itu pendapat aku la...tatau la plak pendapat org lain.

Di sini, aku ada sertakan Fadhilat sembahyang tarawih. Marilah kita sama2 renungkan dan merebut segala peluang yg ada jika tidak ada sebarang kesusahan & halangan.
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadhan:

Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 – Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 – Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 – Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24 – Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 – Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”

Tangkak ~ Syurga Kain ~

Beberapa hari lepas, aku bersama beberapa org guru & GB sekolah yg aku ngajar ke Melaka bagi menghadiri majlis penyampaian hadiah pertandingan landscape bertemakan bumi hijau di mana sekolah kami telah menjadi johan peringkat kebangsaan 2009 bagi kategori sekolah rendah. Tahniah SK Sri Maulana. Majlis penyampaian hadiah berlangsung di MITC Ayer Keroh Melaka. Penyampaian hadiah ni bersempena dengan hari peladang, penternak dan nelayan kebangsaan yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertanian Industri Asas Tani Malaysia iaitu Y.B. Dato' Mohd. Johari B. Baharum. Jadi, rasanya ini kali ke-5 aku ke Melaka.

Memandangkan ada seorang rakan guru yg ingin sangat singgah ke Tangkak untuk membeli langsir raya la katakan..maklum la...raya dah dekat ni...maka kami sepakat utk singgah ber'shopping' apa yg patut. Aku tade nak beli apa sangat sebab nak jahit langsir pun mmg dah tak sempat dah...jadi, aku beli je la kain 2 pasang..itupun tatau bile nak tempah...dah musim macam ni, makcik2 tukang jahit mmg dah tanak terima dah tempahan...tapi, utk tidak menghampakan hati aku ni, aku beli la jugak walau pun poket kering..maklum la, ngaja ni lum dapat gaji...kena tunggu 3 bulan...kui3x..mmg kering tahap gurun ni..

Bila dah singgah, aku ingat cikgu2 perempuan je nak bershopping, rupa2nya cikgu laki pun meriah sakan...hehehe...ada yg beli utk isteri, untuk anak2... bagus la kan..ingat jugak dorang kat anak bini...aku je tak beli kan apa2 utk suami...takkan nak beli kain pasang kot.. x sempat nak tempah baju melayu dah...beli je yg dah siap, senang dan byk pilihan.

Satu je yg aku tak puas hati pasal harga kain2 kat situ...aku rasa tade la murah sangat. Biasa je..ada yg lagi mahal dari kain yg aku beli kat Kelantan. Sebab aku ada nampak kain yg sebijik cam kain pasang aku. Harga yg dorang letak kat Tangkak ni lagi mahal...jadi, aku rasa pelik ler bila ada org cakap kain kat sini murah2...cuma banyak choice jer. Masa pun tak banyak, jadi kami cuma singgah kat satu kedai jer...

Bila dah ada peluang singgah ni, sempat la aku merakam gambar kenangan kami semasa memilih2 tu..mula2 kena tegur ngan cina tokey kedai..dia kata tak ble amik gambar..pas tu, sorang lagi cakap, boleh amik...tapi jgn amik gamba langsir...takut org curik design...huuhh!! tade sape nak tiruk la...takat design cam tu...hehhee..tapi, aku dah puas snap dah pun...ini ler hasil nya..


Keadaan luar kedai kain yg berderet di Tangkak ni...
Cikgu mikgu ni berposing sebelum menyerbu masuk kedai kain.
Bermacam warna dan corak kain yg ada di sini...kuar modal jer...
Ini plak kain2 langsir yg terdapat di kedai yg kami singgah..
Ini ler cikgu yg nak beli langsir tu...pilih2 Aini...jgn tak pilih.
Corak ni yg aku rekemen kan untuk Aini. Tak tahu dia pilih ke tak yg ni...klu nak tau, jom beraya rumah dia tahun ni.
Ni plak, aku yg tersengeh sedang memilih kain .. susah gak nak pilih...sebab budget ciput...wahahaha..

Ni cikgu besar pilih kan kain pasang utk wife dia..erk..yg sebelah tu bukan wife dia...tapi cikgu Rahah..wife GB kat rumah...jgn mare ek..
Aini dah siap beli langsir, buat pilihan kain pasang plak dia...byk tol budget!
Ini Cikgu Sakri...pilih kain utk wife tercinta...sambil posing ni..konon2 gitu..kah kah

Bila dah puas shopping, kami meneruskan perjalanan ke Melaka melalui Highway KL & Johor Bharu. Goodbye Tangkak...ada rezeki aku datang lagi.







Ramadhan Al-Mubarak bakal menjelang tiba..

Cepat betul masa berlalu, pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan..Aku rasa macam baru je aku beraya tahun lepas...dah nak masuk bulan puasa semula..harap2, aku di kurniakan kesihatan tubuh badan untuk menjalani ibadah puasa seperti orang2 lain...Amiiinn...

Cuma ada sedikit kemusykilan pada aku...sempat ke aku nak masak pada bulan puasa nanti? Larat ke aku nak pegi terawih tahun ni... aku dah lama tak menunaikan solat sunat terawih sejak ada anak sorang ni...itu yg aku rasa beriya-iya nak pergi tahun ni...Hurin pun dah makin besar..jadi aku rasa tak ada masalah untuk bawa dia bersama ke masjid. Itulah niat aku. Tapi, itu la...bila ada je niat baik, pasti ada cabarannya...aku terpikir plak, camne kegiatan sekolah aku nanti? Adakah akan berjalan seperti hari2 biasa iaitu dari kol 7 pagi sampai 6 petang?? Klu macam ni la, aku agak, susah la aku nak tunaikan hal2 sunat yg lain...kalau berterusan ke bulan puasa macam ni, nak masak pun confirm tak lepas...Tapi, harap2 ada la perubahan utk puasa ni...

Aku masih ingat tahun lepas, hari pertama puasa, aku masak nasi kerabu...cukup lengkap bahan2 semua...dlm semnggu aku rajin masak...tapi bila dah hujung2 puasa tu, semangat memasak aku dah kurang. Hehehe..bukan ape, dah tak de idea ... abis menu dah...biasa kalu puasa aku suka buat percik...samada ayam atau ikan.. buat kerutuk daging...jadi masa bersahur tu berselera jugak la mengadap meja makan...

Bila bulan puasa jugak, sibuk plak dengan resepi2 biskut...tapi 2 tahun lepas je aku buat sendiri...tahun lepas, aku tempah je...senang....tahun ni pun agaknya sama la...yg pasti budget tahun ni kurang sebab aku tak dapat gaji lagi...huhuhuhu...itu yg sedih sket..tak apa lah..asalkan baju anak cukup utk raya...lepas tu, duit utk budak2 akan aku sediakan walau aku kering macam mana pun...yg penting budak2 happy...anak2 buah aku yg tersayang...pasti ada habuan mereka...bukan aku nak menunjuk2, cuma bagi aku benda baik macam ni, harus lah menjadi satu kemestian walau tak ada banyak...sikit pun cukup lah...alangkah indahnya aku rasa bila kita dapat bersedekah...macam satu kepuasan...kadang2 aku rasa kecil hati dngan org yg banyak duit..mereka masih beri alasan tak ada budget utk bahagian sedekah...Ya Allah...bukankah di dalam rezeki yg tuhan berikan pada kita, ada hak org lain sama di dalamnya??? Sebab tu lah aku selalu beringat, bila Tuhan kurniakan rezeki, ringan2 kan lah tangan utk hulurkan pada org lain yg memerlukan...walau penat sekalipun kita bekerja utk menyara keluarga atau diri sendiri, yg pasti ada hak org lain ke atas rezeki kita itu...sedekah itulah yg akan menjadi harta kita nanti...bukannya yg kita simpan itu akan menjadi harta! Inilah yg selalu aku ingatkan pada diri dan suami...jika ada rezeki lebih, jgn lupa ajak jiran2 dtang berbuka sama2 di bulan Ramadhan...besar pahalanya..walau pun tak ramai, cukuplah sekadar jiran2 terdekat...alangkah indahnya pahala yg Tuhan janjikan...

Semoga puasa tahun ini akan menjadi lebih bermakna berbanding puasa tahun lepas...Semoga Tuhan memberikan kesihatan tubuh badan utk kita menjalani ibadah puasa badan bulan yg penuh keberkatan ini...InsyaAllah...

Kepada seluruh umat Islam di dunia ni, aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan marilah kita sama-sama melakukan kebaikan agar Tuhan tidak menurunkan balaNya...jauhilah penyakit2 lain pada bulan yg mulia ini...Amiinn Ya Rabbal Alamiiinnn....

Mercu Beach Resort - low budget vacation ...

Hari Ahad ni aku rasa macam cepat sangat berlalu...esok nak kena rush semula...bergegas ke Pekan seperti biasa pukul 6.15 pagi... tak puas rasanya bercuti selama 2 hari... Tapi mggu ni kami sekeluarga tak ke mana-mana cuma menghadiri majlis kenduri kahwin adik pada jiran kami dan juga menghadiri majlis hari jadi anak best fren aku, Zila (anaknya Daniel) di Sungai Karang pada 8/8.... kira jadual hari mnggu penuh la jugak.. hari Ahad ni plak, aku tercongok di rumah menunggu Jimi gi main tenis plak sejak dari pagi...semalam lps balik kenduri, bergegas-gegas plak pegi main bola tampar...huh...malas aku nak pegi, cuma lepak2 kat rumah...Bila dah rasa cuaca panas sangat, aku on je air-cond & ape lagi...hanya dengkuran je yg kedengaran...kadang2 bosan jugak bila Jimi tade di rumah. Klu hari mnggu tak pergi wedding photoshoot, dia sibuk plak ngan aktiviti sukan... hem..

Last week nye cerita, kami bertiga ke Mercu Beach Resort area Sungai Ular...belum sampai kemaman lagi tempat ni.. sebelum ni aku tak pernah dengar nama resort ni...tapi, bila ada peluang macam ni, ape lagi...tujuan utama ke sana sebab Jimi ada perlawanan Dat dan Karom....ble la aku release kan tension kejap kat saner...sambil2 tu plak, sempat la aku snap gambar untuk koleksi peribadi kami... sambil2 menyelam minum air la kan.. Jom sama2 tgk gambar kami kat sane...


Bersiap-sedia untuk terjun kolam...

Mula-mula segan sebab tade kawan...kawan2 semua dah besar ble mandi kolam yg ni....
Awak yg kecik mandi kolam kecik dah laaaa....
Sempat lagi senyum...

Aksi pertama terjun tiruk untuk hari ni...Eyyyaaahhhhh..!!

Kemudahan WIFI ada disediakan di cafeteria ni...senang la untuk pengunjung melayari internet macam pengunjung yg sorang ni...

Melayari internet sambil2 jenguk Hurin yg tengah mandi...

Berehat setelah penat main air...




tetapi inilah akhirnya yg berlaku....bila belum puas main air

Sedia semula untuk terjun tiruk!
Eeeyyyaaaahhh!!! Hahahahaaa.....

Hehehe...berjaya jugak dia..


Suasana dalam bilik...kecik jer, tapi muat la untuk 3 beranak ni..


Gaya lebihh...
Cermin diri..
Hello...Qilah ada?? (ayat biasa masa pegang telefon..Qilah tu nama kawan dia kat Taska)
Baring sekejap sebelum dinner..
Inilah santapan untuk dinner kami malam tu...
Memang dah lapar tahap Gaban dah Hurin ni...sehari suntuk main air...
Abang cameraman, jemput la makan...
Gaya di maje karom..
Bila org gelak, dia pun gelak...biar la satu haper pun tak paham...hehehe
Posing macam selalu ler...kepala lentok...
Pilih2 lagu utk karaoke...
Esoknya kami kena Pow ngan Hurin...beli pelampung...RM18 untk satu tu..anak2 punye pasal..
Muka sedih sebab mula2 aku tanak belikan dia pelampung tu...
Bila dah dapat, senyum meleret lak dia...huhuhuh..
Sedia utk aksi terjun tiruk yg ke3 ...
Waaarrgghhhh....
Ni plak aksi membaling dart...entah ke tidak...kui3x..
Balingan yg tidak mengecewakan...
Sib baik kena...tapi, akhirnya kalah jugak...wahahaha...erk..
Hurin dah penat main air siap sedia utk pulang...sambil makan eskem..Muka da hangus dah berjemur panas..
Sempat posing sebelum balik ke Kuantan.
Posing ke tidur ni??
InsyaAllah ada kesempatan kami datang lagi...