Rezeki Rezeki Rezeki... Thank You Allah..

Rezeki... tak ada siapa yang tahu dalam perjalanan hidup ini kita akan dikurniakan rezeki yang sebagaimana. Namun, segalanya adalah kurniaan Allah. Allah maha pengasih dan penyayang. Dia akan mengurniakan rezeki kepada semua manusia samada yang mengingati atau tidak mengingatinya. Kalau manusia masih lagi tidak bersyukur, itulah namanya kufur terhadap nikmat Allah. Tetapi jangan lupa Allah boleh tarik semula rezeki manusia bila-bila masa saja yang dikehendakiNya. Nauzubillahiminzaalik...

Aku ingin berkongsi kali ini tentang rezeki. Rezeki yang Allah kurniakan tidak berbelah bagi. Alhamdulillah kebelakangan ini Allah mengurniakan rezeki yang tidak pernah terlintas di fikiran aku. Walaupun tidak melimpah ruah, cukup sekadar untuk seisi keluarga, Alhamdulillah. Segalanya adalah nikmat. Nikmat itu tidak semestinya melimpah ruah, kerana itu akhirnya akan mendatangkan riak dan takbur.

Asal dari seorang siswazah yang menganggur, akhirnya aku dilantik sebagai guru tetap (PPPS) di sebuah sekolah rendah di negeri Pahang. Tidak pernah terlintas dalam hati untuk menjadi seorang guru kerana tidak pernah berpeluang untuk menghadiri temuduga KPLI. lebih-lebih lagi ramai yang memohon. Akhirnya dari GSTT aku telah layak memohon Kursus Dalam Cuti (KDC). Selama setahun setengah aku menghadiri KDC, akhirnya aku dapat menamatkan pengajian dengan pointer 3.7. Alhamdulillah.. Suami lah yang paling gembira kerana selama ini dia amat berharap aku mendapat pekerjaan yang tetap untuk sama-sama membesarkan anak kami.

Suami juga tidak putus-putus mencari rezeki selain dari bekerja di jabatan kerajaan. Dulu hobinya bermain dengan kamera, sekarang dia boleh tersenyum dengan kerjaya photographernya sekarang. Minat nye kini menjadi salah satu sumber pendapatan kami sekeluarga. Semuanya tidak pernah terlintas di fikiran aku. Allah telah merancang semua nya dengan begitu complicated.

Anak sulung ku pula yang kini akan memasuki umur 7 tahun dan boleh menguruskan diri malah boleh diharap untuk melakukan kerja-kerja yang mudah di rumah. Boleh la membantu ibunya yang sedang sarat ni. Orang kata, anak perempuan cepat matured dari lelaki. Segala urusan ku di rumah tidak terlalu rumit kerana ada membantu. Suami & anak sentiasa menjadi pembantu bertauliah di rumah ini. :)

Kini kami sekeluarga menunggu kehadiran orang baru . Lagi rezeki yang tidak terhingga yang Allah kurniakan. Thank You Allah. Jadikanlah aku orang sentiasa bersyukur dan tidak alpa terhadap-Mu. Berkatilah segala rezeki yang Engkau kurniakan ini. Amiinn...

1 comments:

FiQa said...

Syukur...

AMEENNN...

:)