Penantian Berakhir..


Muhammad Adeeb Habib... itu lah nama putera kedua kami.. Alhamdulillah selamat dilahirkan pada 6hb Februari 2012 iaitu pada hari Isnin pukul 3.27 petang di Hospital Ampuan Afzan, Kuantan Pahang. Alhamdulillah...Alhamdulillah dan Alhamdulillah... semuanya atas kehendak Allah S.W.T yang memudahkan urusan kami menerima cahaya mata kedua ini.

Setelah 7 hari lewat dari tarikh due, aku dimasukkan ke ward HTAA pada 5hb Februari 2012. Awal pagi aku dan suami ke HTAA untuk mendaftarkan diri atas arahan doktor kerana terlebih due. Bila doktor check, bukaan jalan dah pun mencapai 3cm.. antara rasa takut dan excited bercampur-campur.

Setelah didaftarkan di Ward di HTAA, aku sempat menjamah makanan tengahari dan malam sendirian. Waktu Maghrib tiba dengan keluarnya sedikit tanda2 awal bersalin. Kata orang ketuban darah.. keluar bersama sedikit lendir.. hati berdebar-debar tapi masih belum ada rasa sakit.

Esoknya hampir subuh, contractions makin terasa dengan makin banyak lendir dan darah yang keluar. Aku segera memberitahu nurse. Aku menelefon suami agar bersedia untuk datang ke hospital untuk menemani aku di labour room nanti. Lebih kurang pukul 9 pagi, doktor datang untuk check jalan bukaan sekali lagi dan telah disahkan telah pun terbuka sehingga 5cm. Debaran aku semakin terasa bila doktor mengarahkan aku ke labour room.

Setelah 6 jam berhempas pulas dengan segala keperitan, akhirnya aku selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.93kg. Agak terkejut kerana agak besar juga kurniaan Tuhan buat kami kali ni.. patut la semacam je sewaktu aku mengandung dulu. Tahniah juga buat suami kerana doanya dimakbulkan Allah untuk menimang cahaya mata lelaki kali ini. Yang manis juga, Habib (panggilan untuk baby) berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan babahnya..

Syukur Tuhan.. Alhamdulillah.. anak dan ibu selamat dan sihat...terima kasih juga pada suami yang sentiasa menemani ketika aku bertarung nyawa.. semoga kelahiran cahaya mata kali ni menambahkan lagi ikatan kasih sayang kita sekeluarga... Amin..