Duit Oh Duit...

Ermm... 25hb semua kakitangan kerajaan bole senyum lebar..apa taknya, gaji dh bole disedut kat mesin atm..huhu..bulan april ni amat dinantikan kerana kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji bermula dari Januari 2012..jd, bulan ni dapat tunggakan lah yer.. Aku? Aku pun sama la..syukur sgt kehadrat Ilahi dgn rezeki yang dikurniakan ni.. Walaupun tak banyak (baru keja kan) tapi Alhamdulillah dr tak dpt langsung kan? memandangkan kami suami isteri keja gomen ni, jd masing2 tak yah nak jeles2 lah yer..:-)

Dan, macam biasalah, bila dah dpt tunggakan atau bonus, mcm tau2 je duit mmg nk cepat kuar dr akaun bank aku ni.. Time ni la nak kena service vios aku tuh... Major service lak tuh..hayyoo... Bersamaan 80,000km.. Nak tak nak terpaksa la jgk ku tanggung.. Balance gaji? Ok, disebabkan dh 3 bulan aku cuti bersalin, maka bulan ni aku akan start kerja semula.. Ngajor lah kawan balik...apakah kaitan kerja ngan duit? Satunya, anak.. Bby baru lah kan..kat taska tu amik rm280 per month... Lagi? Ok, perjlnan ke sekolah lebih kurang 90 km pergi balik.. So what? Duit minyak ler... Hadoiii.. Dah macam air.. Hujung tahun plak selalu dpt bonus kan? Baguss.. Lepas la utk byr roadtax setiap bln 12.. Tak ke rezeki namanya tuu? Rezeki org lain la..hahaha.. Padan muka, org lain nak pakai keta, aku nak pakai jgk.. At last, tanggung la sendiri beban! :-)

Kalau merungut pun tak guna.. Kalau tak guna duit tu, nak wat ape simpan byk2 ye tak? Lagi kita guna ( ke jalan yg baik la... Tolong suami kan..) insyaAllah makin byk yg datang... Itulah duit, dtg dan pergi sesuka hati... Hihi.. Gitu la citernyer.

Penantian Berakhir..


Muhammad Adeeb Habib... itu lah nama putera kedua kami.. Alhamdulillah selamat dilahirkan pada 6hb Februari 2012 iaitu pada hari Isnin pukul 3.27 petang di Hospital Ampuan Afzan, Kuantan Pahang. Alhamdulillah...Alhamdulillah dan Alhamdulillah... semuanya atas kehendak Allah S.W.T yang memudahkan urusan kami menerima cahaya mata kedua ini.

Setelah 7 hari lewat dari tarikh due, aku dimasukkan ke ward HTAA pada 5hb Februari 2012. Awal pagi aku dan suami ke HTAA untuk mendaftarkan diri atas arahan doktor kerana terlebih due. Bila doktor check, bukaan jalan dah pun mencapai 3cm.. antara rasa takut dan excited bercampur-campur.

Setelah didaftarkan di Ward Kelas Pertama dia HTAA, aku sempat menjamah makanan tengahari dan malam sendirian. Waktu Maghrib tiba dengan keluarnya sedikit tanda2 awal bersalin. Kata orang ketuban darah.. keluar bersama sedikit lendir.. hati berdebar-debar tapi masih belum ada rasa sakit.

Esoknya hampir subuh, constractions makin terasa dengan makin banyak lendir dan darah yang keluar. Aku segera memberitahu nurse. Aku menelefon suami agar bersedia untuk datang ke hospital untuk menemani aku di labour room nanti. Lebih kurang pukul 9 pagi, doktor datang untuk check jalan bukaan sekali lagi dan telah disahkan telah pun terbuka sehingga 5cm. Debaran aku semakin terasa bila doktor mengarahkan aku ke labour room.

Setelah 6 jam berhempas pulas dengan segala keperitan, akhirnya aku selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.93kg. Agak terkejut kerana agak besar juga kurniaan Tuhan buat kami kali ni.. patut la semacam je sewaktu aku mengandung dulu. Tahniah juga buat suami kerana doanya dimakbulkan Allah untuk menimang cahaya mata lelaki kali ini. Yang manis juga, Habib (panggilan untuk baby) berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan babahnya..

Syukur Tuhan.. Alhamdulillah.. anak dan ibu selamat dan sihat...terima kasih juga pada suami yang sentiasa menemani ketika aku bertarung nyawa.. semoga kelahiran cahaya mata kali ni menambahkan lagi ikatan kasih sayang kita sekeluarga... Amin..