Sunnah Rasul

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana membuka hati ini untuk menonton rancangan Halaqah di TV9. Tentang Sunnah Rasul. Bab ni memang ramai yang tak tahu. Di sini ada beberapa Sunnah Rasul yang jarang diketahui dan di amalkan oleh orang Islam.

Bagi lelaki, kebanyakannya mereka hanya tahu tentang Sunah Rasul yang satu tu jer. Paham-paham je la.. mesti bab kawin 4 jer. Hehe.. memang itu yang selalu disebut-sebut.
Mengikut penceramah tersebut, terdapat pelbagai lagi Sunnah Rasul yang boleh kita amalkan.

Antaranya cara memakai cincin. Nabi Muhammad S.A.W memakai cincin yang mempunyai permata di jari manis sebelah kanan. Apabila baginda ingin memasuki bilik air, baginda akan membuka dulu cincin tersebut. Jadi apa salah nya ikut Sunnah Nabi yang paling mudah ini dengan niat mengikut Sunnah Nabi. Tak semena-mena, dapat pahala. Senang je kan. Cincin yang kedua dipakai oleh Nabi Muhammad S.A.W ialah bermatakan cop mohor di mana baginda menggunakannya untuk urusan pemerintahan baginda.

Selain itu, Nabi juga suka memakan labu air dan buah tamar yang masak ranum. Jadi sesiapa yang ingin mengamalkan diet yang dapat mengelakkan dari segala jenis penyakit. Jadi lepas ni, bila memakan labu, niatlah mengikut Sunnah Rasul.

Bagi wanita pula, ribalah suami dan urut-urut lah janggut suami serta bulu dada suami. Kalau tak ada bulu dada pun tak mengapa, sekadar mengusap dada suami. Juga niat mengikut Sunnah Nabi. Biasa buatkan?

Antara lain ialah menggosok baju suami untuk ke masjid. Ya Allah, begitu senang untuk mendapatkan pahala. Namun, kenapa begitu ramai manusia yang tidak menyedari hakikat ini?

Marilah kita sama-sama memperbaiki amalan diri sendiri dan sentiasa berpesan-pesan sesama kita ke arah kebaikan.

0 comments: