Segalanya berubah...

Dah bertahun aku tak publish post kat blog ni. Kali ni terlintas di fikiran nak berkongsi perjalanan hidup dalam beberapa tahun ini. Lagi pula sempena cuti sekolah ni, ada pulak masa lapang yang membolehkan aku mengerah idea.

Setelah bertahun, segalanya berubah. Yang pertamanya, dari seorang penganggur kini aku telah pun berjaya menamatkan pelajaran di maktab dan telah pun bergelar seorang guru siswazah...Alhamdulillah atas kurniaan Ilahi. Perubahan kedua dalam hidup aku, dari seorang anak kini dah nak menimang anak kedua...juga Alhamdulillah...syukur juga ke hadrat Ilahi.. setelah bertahun penantian, akhirnya aku dan suami akan dikurniakan anak yang kedua tidak lama lagi. InsyaAllah penghujung bulan 1 tahun 2012. Tak sabar rasanya menanti saat itu. Yang paling seronok bila segala kelengkapan menyambut kelahiran orang baru telah pun aku dan suami sediakan. Cepat-cepat ye anak ibu keluar.... :)

Anak sulung ku dah pun berusia 6 tahun dan pada 2012 nanti dia akan melangkah kan kakinya ke alam persekolahan. Dah nak masuk darjah 1 pun. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan, segala kelengkapan pakaian sekolah anak sulung ku Hurin telah pun disediakan dengan serba ala kadar. Tidak terlalu berlebih dan tidak pula terlalu kurang. Kata orang berbelanja biarlah berpada-pada. Anak-anak kecil masih tak tahu nak memilih-milih jenama, janji mereka dapat apa yang mereka mahukan. Aku dan suami memang tidak menitik beratkan jenama, asalkan ada sedikit kualiti dan tidak terlalu mahal. Bak kata orang juga ukur baju biarlah di badan sendiri.

Masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar Hurin hampir berusia 7 tahun. Dan di usia 7 tahun, Hurin akan dikurniakan seorang adik. InsyaAllah, kalau mengikut doktor pakar yang memeriksa aku, katanya baby yang bakal dilahirkan adalah 'boy'. Ya Allah, gembira tidak terkira dengan berita ini. Aku tak kisah samada dikurniakan anak lelaki atau perempuan, asalkan aku dapat melahirkan zuriat yang selama ini aku nanti-nantikan. Namun, Tuhan memakbulkan keinginan suami untuk menimang anak lelaki kali ini. Katanya untuk menemaninya ke masjid. Alhamdulillah, agaknya Allah memakbulkan di atas niat suci suami ku itu. Hurin pun sama dengan pendapat aku. Dia tak kisah adiknya lelaki atau perempuan, asalkan impiannya untuk menjadi kakak termakbul. Aku masih ingat, dia selalu meminta-minta untuk mendapat adik. Lalu aku berkata padanya, kakak minta lah pada Allah...InsyaAllah akan termakbul. Semuanya bagaikan mimpi bila aku sendiri tidak menyedari kehadiran bayi di dalam perut ku ini pada awalnya. Hampir 3 kali aku melakukan urine test. Baru lah aku betul-betul percaya. Itupun pelbagai aktiviti lasak telah aku jalani. Alhamdulillah, kali ni betul-betul rezeki ku. Baby yang dikandung tidak mengalami sebarang masalah walau aku melompat, berenang, berkawad, memanjat tali dan sebagainya.

Buat suami, kesabaran mu amat aku hargai. Dan di kala aku dalam keadaan sarat, suami lah yang paling banyak berkorban di saat-saat ini. Hanya Allah yang akan membalas budi baik mu. Terima kasih suami.....Hazimin Mazran Ibrahim.

0 comments: