Perkara-Perkara Yang Di Larang Pada Bulan Puasa

Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling istimewa berbanding bulan-bulan yang lain di mana Umat Islam dapat menggandakan pahala mereka dengan melakukan berbagai-bagai perkara sunat di mana pahalanya juga akan dilipat gandakan..Alhamdulillah, kita masih bernafas dan berpeluang untuk menghayati Ramadhan kali ini. Tahun depan, kita tak akan tahu sama ada kita masih mempunyai peluang ini atau akan dijemput mengadap Ilahi...Tak ada siapa yang mengetahui selain dariNya.

Dalam bulan mulia ini, kita digalakkan untuk berbicara mengenai perkara-perkara yang baik-baik. Dengan itu, aku terpanggil utk mencoretkan sedikit panduan untuk kita Umat Islam khususnya dalam menjalani ibadah puasa ini. Marilah kita sama-sama merenung sejenak, apa yang akan aku coretkan di sini. Ianya bukanlah lahir dari kata-kata aku sendiri, tetapi dari apa yang aku dengar dari ceramah seorang ustaz dalam radio yang aku dengar semasa pulang dari sekolah. Moga-moga segala apa yang kita lakukan, yang kita baca, yang kita sebut akan menggandakan pahala kita di bulan yang mulia ini.

Bercakap mengenai puasa, ada beberapa jenis puasa. Ada puasa umum yang biasanya dilakukan oleh orang2 tertentu hanya dengan menahan dari lapar dan dahaga. Orang-orang seperti ini berpuasa sekadar untuk memenuhi tuntutan mata pandangan umum. Bila melihat orang lain berpuasa, kita juga berpuasa...agar tidak di tangkap oleh pihak berkuasa. Dan ada juga puasa yang dilakukan bukan hanya sekadar menahan dari lapar dan dahaga, malah semua anggota badan juga berpuasa. Mulut, mata, kaki, tangan, lidah dan sebagainya. Puasa yang sebegini dilakukan oleh orang yang benar2 memahami maksud ibadah puasa dan benar2 mengharapkan keredhaan dari Allah.

Namun, di zaman serba canggih dan mencabar ini, ada golongan manusia yang berpuasa, sanggup menahan lapar dan dahaga, tetapi tidak menunaikan solat Fardu. Cuba saja kita lihat di sekeliling kita. Di pejabat, di tempat kerja, di kilang-kilang, ada golongan manusia yang sebegini. Mereka sanggup untuk menahan nafsu makan sehari suntuk, namun mereka tidak sanggup uuntuk menunaikan solat Fardu di mana solat itu merupakan satu perkara yang paling wajib dan paling asas. "As Solaatu Imaa Du Ddinnn.." Atau bermaksud sembahyang itu adalah tiang agama. Jika kita tidak dirikan tiang, bagaimana kita nak mendirikan dinding dan atap? Begitulah juga dengan ibadah kita. Perkara yang asas perlu diutamakan, jika tidak, apa yang kita lakukan itu (puasa) adalah sia-sia.

Begitu juga dengan sembahyang sunat tarawih. Ramai Umat Islam berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat 'Sunat Tarawih'. Alangkah indahnya jika bulan2 biasa, manusia juga berpusu-pusu ke masjid menunaikan solat Fardu berjemaah. Itu yang lebih afdal. Ustaz tu menyambung lagi, bukan dia menganggap bahawa jika tidak pergi berjemaah untuk solat Fardu, maka tiada guna untuk menunaikan solat Tarawih di masjid. Cuma, apa yang dikesalkan dan boleh disimpulkan di sini, Umat Islam mengutamakan apa yang sunat, sebelum yang wajib. Sedangkan perkara yang wajib itu adalah keutamaan yang sebenarnya. Pahala berlipat ganda jika seseorang itu menunaikan solat Fardu berjemaah. Tetapi pahala ini jarang direbut oleh Umat Islam hari ini. Mereka hanya nampak yang setahun sekali, tetapi yang 5 kali sehari setiap bulan dan setiap tahun itu tidak mereka kejar. Aku huraikan begini agar mudah difahami oleh pembaca-pembaca sekalian.

Aku tertarik dengan huraian yang seterusnya. Kebanyakan ibu bapa hari ini amat menekankan supaya anak menjalani ibadah puasa walau pun belum akil baligh. Ibu bapa begitu ghairah mengajar anak mereka berpuasa dan menjanjikan berbagai-bagai habuan sekiranya dapat berpuasa penuh. Memang ini satu perkara yang amat baik dalam mendidik anak-anak berpuasa sejak dari kecil. Apa yang menjadi kemusykilan di sini, ibu bapa tidak menekankan soal ibadat solat anak-anak mereka. Sedangkan perkara wajib ini perlu di ajar sejak anak berumur 7 tahun. Dan jika masih belum mahu menunaikan solat Fardu, mereka wajib di rotan. Tetapi, hakikatnya ibu bapa masa kini, tidak begitu menekankan aspek ini. Mereka sanggup membiarkan anak mereka lapar dan kadangkala tidak berdaya untuk meneruskan puasa. Malah, ibu bapa terus memberi semangat agar anak-anak tidak membatalkan puasa mereka. Walhal, pokok yang paling utama ialah ajar lah mereka bersembahyang, lebih-lebih lagi sembahyang berjemaah. Ini lah perkara-perkara yang kadang-kadang kita sendiri tidak sedar.

Di sini, Ustaz tu ada berpesan beberapa perkara yang tidak patut dilakukan pada bulan puasa.

1) Tidak menipu
Kita di larang untuk menipu dengan apa jua keadaan sekalipun. Berkata benar lah agar, pahala puasa kita tidak berkurangan. Contohnya, peniaga di pasar-pasar Ramadhan, berkata benar lah apabila di ajukan soalan mengenai produk yang dijual. Jika ditanya bila makanan atau kuih2 itu di masak, maka jawab lah dengan jujur dan ikhlas. Dari situ, pembeli boleh membuat keputusan sama ada untuk membeli atau tidak. Tidak rugi sekiranya kita ikhlas, maka rezeki kita akan dimurahkan olehNya.

2) Tidak mengumpat
Sempena bulan yang mulia ini, elakkan lah dari berkumpul sesama sendiri dan memulakan sesuatu cerita yang tidak enak. Elakkan dari berkata-kata mengenai orang lain. Mengumpat itu umpama memakan daging manusia lain. Banyakkan lah amalan-amalan lain contohnya zikir, membaca Al-Quran, menghadiri kuliah-kuliah di masjid dan sebagainya untuk menambahkan pahala puasa.

3) Tidak membawa fitnah
Kita juga dilarang sama sekali memburuk-burukkan orang lain, lebih-lebih lagi di bulan yang penuh keberkatan ini. Jangan sekali-kali mereka-reka cerita atau memfitnah orang lain. Memfitnah itu dosanya lebih berat daripada membunuh. Jadi, tutupkan lah telinga ke arah perkara-perkara sebegini agar kita tidak mensia-siakan amalan puasa.

Ini saja yang aku dapat kongsikan di sini. Berpesan-pesan lah antara kita ke arah kebaikan...ceramah-ceramah agama seperti ini aku rasa jarang di dengar oleh masyarakt Islam hari ini disebabkan oleh kesibukan mengejar harta duniawi. Sekali sekala marilah kita mendengar radio (IKIM), mendengar Forum Perdana atau Al-Kulliyah. Bukan aku nak promote, cuma kadang-kadang ceramah-ceramah berkaitan dengan agama jarang di siarkan di TV atau di waktu2 puncak menyebabkan ramai Umat Islam yang terlepas peluang ini. Kuliah agama pula sering di adakan di masjid sahaja. Dapatkanlah CD2 yang berkaitan dengan soal-jawab agama dan ceramah-ceramah agar dapat kita mengumpul ilmu di dada buat bekal di akhirat nanti...bukan hanya bekal di dunia. Dapatkanlah CD2 ceramah agama yang dijual di pasaran.

Aku bukan nak tunjuk yang diri aku bagus atau baik sangat. Aku juga manusia biasa yang tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Tetapi, aku cuba dalam melayari hidup yang entah berapa lama lagi masa ini untuk memenuhkan ilmu di dada agar tidak terpesong jauh dari ajaran Rasulullah S.A.W. Coretan aku ini hanyalah semata-mata untuk mengingatkan diri sendiri dan juga untuk renungan kita bersama. Moga-moga kita mendapat berkat dan keredhaan Allah sempena bulan yang mulia ini. InsyaAllah...



2 comments:

ejai said...

lame tak berblog ker?

Anonymous said...

salam saya zaiyana, saya ada kawan dia ni agen buat pakej Umrah 2011 Mei- Jun (15H/13M) pakejnya sangat2 menarik harga dari RM5,990 tolak Diskaun 20% hanya bayar RM RM 4,800 nett, berminat hubungi terus ke 019- 384 1242, pakej ni terhad untuk 50 org sahaja.