Fadhilat Sembahyang Tarawih Di Bulan Ramadhan

5 hari berbuka di kampung halaman terasa sungguh puas atii...hehehe..rancangan sebenar 4 hari je, tapi lum cukup...akhirnya kami 3 beranak tambah sehari lagi...sib baik suami senang dapat cuti.. kenangan berbuka puasa di kampung susah nak dilupakan...bila dah berbuka ramai2 macam2 hidangan ble dihidangkan sebab banyak perut yg ble diisi...jadi, apa2 yg rasa nak makan, ble je dimasak sebab confirm licin punyer... lain klu berbuka ngan 3 beranak ni jer...klu masak lebih2 kang tak abis plak...memang la dalam Islam kita digalakkan untuk berjimat-cermat kan... tapi sekali sekali, apatah lagi di awal Ramadhan rasanya tak salah aku belanja lebih sket utk keluarga .. lagipun masak lebih2 pun tak membazir sebab mmg habis pun....kecuali lah kalau kita buang makanan yg tak habis tu...itu mmg berdosa....selama 5 hari itu jugalah aku dapat makan kuih2 tradisional kelantan contohnya akok la.... kuih2 lain aku tak minat, macam jala mas, buah tanjung, tahi itik & etc...ada yg aku tak kenal pun... tapi, klu akok, lebih2 yg berkedut tu...perrghhhh!! mmg tak de kat tempat lain...minuman kt kampung yg aku suka ialah air kelapa...sebab sebiji kelapa muda dijual lebih murah iaitu RM2 sebiji. Jadi, dalam berbuka di kampung tu, hari2 ler aku berbuka dengan air kelapa muda. Sejuk badan rasanya.

MIL aku plak rajin betul masak...dah tahu semua anak menantu dia balik, macam2 masakan yg dia sediakan utk kami. Thanks MIL...hanya Tuhan yg dpt membalas jasamu. Sempat jugak aku bertarawih di masjid yg berdekatan dengan rumah kami di kampung iaitu di kawasan Lati yg tak jauh dari Hospital Lati Pasir Mas, Kelantan. Bila dah balik Kuantan, susah plak nak gi masjid walau masjid 3 langkah je dari rumah, sebab tade org nak jaga anak kat rumah, nak bawak gi masjid, susah..nanti mengganggu jemaah2 lain. Berdosa kita jugak...itulah yg aku hairan, ada ibu bapa yg bawa anak2 kecil ke masjid & membuat bising, lari sane lari sini...terpekik sane terpekik sini....agaknya dorang tak tau hukum hakam....mmg lah niat tu baik nak ajar anak agar rajin sembahyang di masjid...tapi, pendapat aku, cukup la ajar sembahyang berjemaah di rumah dlu...melainkan anak dah akil baligh, dah boleh berpikir, ble la di bawa ke masjid. Ini tidak, anak yg tak tahu ape2 lagi dah di bawa sekali...akhirnya jemaah lain pula yg terganggu dek kebisingan anak2 kecil ini. Aku pernah rasa tak kusyuk bile dengar jeritan anak2 kecil ni di masjid satu malam tu. Kebetulan plak tetibe je lampu padam...gelap gulita....suara imam pun x jelas kedengaran sebab mic tak berfungsi tetibe gak...jadi, bila budak2 ni terjerit2 dlm gelap tu, aku rasa geram n terpaksa pasang telinga betul2 nak dengar suara imam....ini lah padah nya bila bawa anak kecil bersama.

Aku pernah dengar sorang Ustaz memberi ceramah motivasi kat sek yg aku ngajar dlu, dia bercerita tentang zaman nabi dlu ada seorang jemaah yg membawa anak kecil ke masjid. Anak nya membuat bising di dalam masjid dan berkejar2 kejaran dalam masjid. Nabi memanggil anak itu anak 'Syubhah'. Aku tak tahu macam mane ejaannya. tapi gini le lebih kurang. Anak Syubhah tu bermaksud anak yg lebih kurang anak luar nikah. Bukan bermaksud ank luar nikah. Tapi diandaikan begitu. jadi, ayah kepada si anak ni berpikir sejenak. Apakah kesalahan yg telah dia lakukan sehingga anaknya di anggap begitu. Rupanya2 selama ni dia ada pernah memberi makan sebiji kurma yg diambil dari dusunnya yg bersebelahan dengan dusun jirannya. Dia ingatkan kurma itu dari pokok di dusunnya. Rupanya2 dari pokok dusun jiran dia. Bila dah tahu kesilapan tu, dia terus pergi memohon ampun dari tuan punye dusun tu. Itu di zaman nabi. Klu zaman kita ni macam2 hal berlaku. itu yg kadang2 anak2 kita tak dengar kata & sebagainya.
Jadi, sebagai jalan mudah, tak perlu la bawa anak ke masjid klu belum tiba akil baligh...klu nak ajar sembahyang, ajar di rumah je. Itu pendapat aku la...tatau la plak pendapat org lain.

Di sini, aku ada sertakan Fadhilat sembahyang tarawih. Marilah kita sama2 renungkan dan merebut segala peluang yg ada jika tidak ada sebarang kesusahan & halangan.
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadhan:

Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 – Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 – Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 – Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24 – Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 – Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”

0 comments: