Susu Dutch Lady 1 2 3 ( now... 4 5 6 )

Hari ni dah 4 5 kali Hurin mintak botol susu dia. Ni belum masuk waktu malam. Rasa macam nak marah pun ada..gitula rutin dia hari2 di rumah. Baru semalam aku bukak susu paket dia (Dutch Lady 4 5 6) yg sekilo tu. Rasanya sok lusa abis la tuu..sib baik masa ada sale kat Giant 2 weeks ago, kami dah beli 4 paket. Mmg gitu la setiap kali ada sale. Masa sale biasanya 1 kg dijual dgn RM16.89 (lebih kurang) berbanding harga biasa RM20.90. Bayangkan la Hurin boleh abiskan satu paket tu dalam masa 4-5 hari..

Sejak aku dah tak kerja, Hurin akan banyak minum susu berbanding semasa dia di taska. Kadang2 1 paket tu boleh tahan sampai seminggu. Ape sebabnya aku tak tahu. Mungkin sebab dia ramai kawan2 dan lupe utk minta botol dia. Ataupun dia takut ngan Aunty Zai? hehehe..Itula kelebihan berada di taska di mana budak2 akan dengar kata penjaga mereka berbanding ngan their parents! Setuju tak? Aku setuju jer..:P..Masa ni badan dia agak kurus..Y? Sebab kurang susu, banyak main..

2 tahun lepas aku quit dari bekerja di Syarikat Swasta. Masa tu umur Hurin 2 tahun lebih.Waktu ni aku baru pisahkan dia dari susu badan. Cukup la setakat 2 tahun. So, bila dah tak kerja, Hurin tak perlu ditinggalkan di taska. Yang peliknye dia akan hisap susu botol lebih kurang 9-10 botol sehari. Masa tu 1 paket susu akan tahan dlm 3-4 days jer. Erk..botak jugak kepala den masa tu..tapi, disebabkan susu amat penting untuk kanak2, aku x kisah la dia nak minum susu banyak mana pun..yang penting dia sihat dan daya tahan dia kuat. Dats Y juga aku x kisah kalau sampai skang dia masih hisap botol (drpd dia langsung tanak susu).

Ini gambo waktu dia belum tembam..masa ni stay kat taska, banyak main, kurang susu.



Ini plak gambo dia ngan cousin, yg debab tu dia la tu..berbezakan semasa dia dalam jagaan aku? Heheh..

Bila dia dah semakin besar, pat(4) tahun dah skang, tulang2 dia plak yang terbina..So, now aku rasa tahap ketinggian dia dah dapat meneutralkan@mengimbangi ke'tembaman' beliau..hehehe..

Ini la gambo dia skang..dah besor panjang pun...

Jadi, pada pendapat aku, galakkan lah anak menyusu sehingga dia masuk alam persekolahan. Susu banyak khasiatnya selain dr protein, susu juga kaya dengan nutrien2 yg diperlukan utk kanak2. Nutrien2 ni la yg akan membina tulang, membina otak & pemikiran serta menguatkan daya tahan..jarang terkena penyakit (demam, selsema & etc) ....Dapatlah mereka membesar sebagai johann!!!!



0 comments: