PPSMI??

Hari ni aku tergerak ati nak tulis(taip) pasal isu PPSMI ni. Ataupun dgn kata lain pengajaran SC & Math dlm Bahasa Inggeris. Pada pandangan aku, benda ni bagus..tapi, tak semestinya bagus bagus tanda setuju..nak kata tak setuju pun tak...hehehe...ye la kan, bukan ape, semua bergantung pd kerajaan la kan..aku sebagai rakyat ngikut je la..Klu aku cakap setuju habis-habisan, benda ni dah nak dimansuhkan pun. Dan klu aku cakap tak setuju pun, klu kerajaan nak buat, dorang buat jer.. Dgn kata lain tak pyah la aku nak sibuk2 buat demonstrasi ke ape..sebagai rakyat ni, sape la kita kan..

Cuma di sini aku nak luahkan pendapat aku je la..Dlm pengalaman mengajar aku yg se'cotek' ni la, aku rasa bnyk keburukan dari kebaikan jika PPSMI dilanjutkan. Banyak pihak yg pening kepala terutamanya guru2 yg mengajar SC & Math. Bukan aku kata cikgu Math & SC tak tahu nak mengajar dlm BI, cuma, guru2 kena banyak luangkan masa mereka utk menghadiri kursus2 yg dianjurkan walaupun elaun pada guru2 tersebut juga meningkat. Malah, kursus2 lain belum lagi diambil kira (kursus utk subjek yg mereka ajar). Berbaloi kah itu semua? Sakit kepala guru2 ni bukan hanya pada masa berkursus sahaja, malah berpanjangan hingga ke dalam kelas iaitu sesi pengajaran & pembelajaran (P&P). Lebih2 lagi di sekolah2 luar bandar yg bahasa pengantar mereka di rumah ialah bahasa kampung masing2...atau loghat daerah mereka.


Gambar ni sewaktu aku mengajar budak2 pendidikan khas di Kuantan. Masa ni ada lawatan ke taman pertanian.

Budak2 ni istimewa..Bahasa dorang je dorang tahu..BI susah sket nak sebut, ape lagi nak baca & ingat.

Ni pulak, sewaktu family day pendidikan khas anjuran sekolah. Mainan macam ni yg mereka mampu lakukan, walaupun usia dah menjangkau belasan tahun..Adakah kita nak bebankan kepala mereka dgn bahasa2 yg jarang mereka dengar??



Masa aku mengajar di salah sebuah sekolah rendah di daerah Kuantan ni, aku penah mengajar darjah satu & darjah 3. Pernah mengajar dari kelas yg paling baik sampai la ke kelas yg paling ..erkk...nak sebut ape ek...kelas yg paling di belakang...Alhamdulillah, kelas yg paling baik kat sekolah ni dalam 90% boleh memahami proses P&P dgn baik dlm BI. Cuma, kalau kelas yg dibelakang tu? Bayangkan lah, kdg2 cikgu2 terpaksa jugak terangkan dalam BM, jadi P&P kena jadik double dah hanya utk sesi penerangan atau translation jer. Itupun masih ada lagi yg terlopong, ternganga dan terkebil2...(rasanya semua la dlm kelas tu).

Mmg la jadi t/jawab guru utk mendidik anak muridnya sampai berjaya tanpa berputus asa. Masalahnya di sini bukan guru yg putus asa, anak murid plak yg lemah semangat. Bila dah rasa diri kekurangan, tak ble nak catch up, tak paham & homework yg bertimbun2, timbul plak rasa malas belajar budak2 ni..bila dah malas, mula la nak ponteng sekolah. Bertambah la haru-biru..budak zaman skang plak pantang ditegur..bile ditegur, mula la tak suke cikgu tu ..bila dah tak suke cikgu tu, mula dia tak tumpu perhatian dlm kelas, bila dah tak tumpu, mula la susah nak paham ape yg cikgu ajar..bila dah tak paham...bla bla bla...begitu lah seterusnya. Benda2 ni semua ada kaitannya. Maka semakin ramai la yg lebih suka dok rumah. Parents pun sama akan bagi alasan, anak2 tanak gi sekolah, nak wat camne, dorang rajin nak tolong mak ayah pergi cari rezeki...korang jgn tatau yer, ada budak2 ponteng sebab tolong parents dorang cari rezeki - pegi mesin rumput, buat rumah & etc. Bagi dorang, pelajaran tak penting, yg penting pandai nak cari duit lebih utk keluarga.

Bagi aku lagi, klu nak tingkatkan prestasi BI dikalangan pelajar2, bukan ini saja jalannya. Kita boleh galakkan murid banyak menonton rancangan kegemaran mereka iaitu kartun, menyanyi dlm BI sambil menghafal senikata, dan sebagainya. Kartun berbahasa Inggeris biasanya menggunakan bahasa yg simple dan mudah difahami. Sewaktu subjek BI, guru2 sepatutnya memberi peluang kepada murid2 ni menonton rancangan2 kartun ini (atau apa2 CD yg memaparkan subtitle sekali). Sekarang pun dah ada P&P menggunakan strategi ni. Tapi, berapa kerat jer..lengkapkah peralatan2 sebegini di setiap sekolah? Aku rasa sebaliknya. Kadang2 projector ada plak yg dah rosak dan tidak dibaik pulih dgn alasan tidak cukup peruntukan. Ada sebab lain pulak, cikgu2 segan nak selalu gunakan bilik2 yg disediakan kelengkapan dlm waktu yg kerap. takut pulak di cop sebagai malas mengajar. Asyik bawa murid ke blik audio & sebagainya. Aku tak salah kan guru2. Sebab mmg ada situasi mcm ni...serba salah plak jadinye cikgu-cikgi ni...Silap2 kena panggil ngan guru besar.

Sepatutnya kita perlu contohi negara2 lain yg maju, bukan hanya pandang kepada dasar Amerika. Cuba lihat contoh negara jepun. Mereka tetap maju & ke hadapan walaupun hanya menggunakan bahasa ibunda mereka dalam ape jua hal. Sampaikan mereka mencipta komputer & laptop yg menggunakan huruf2 dlm bahasa mereka. Mudur kah mereka ni? Begitu juga dngn Russia. Tak semua mereka tahu berbahasa Inggeris. Malah mereka banyak menggunakan bahasa mereka sendiri. Angkasawan kite sendiri pun kena belajar bahasa Russia sblm naik ke bulan. Pas ni, klu negara Jepun atau India paling maju (katakan la...contohnya, mana tahu besok2...semua kuasa Tuhan) adakah semua kita ni kena belajar SC & Math dlm Bahasa Jepun atau Bahsa Hindustan plak?Heheh..lagi pening la..

Biar apa pun bahasa yg digunakan dlm P&P, yg penting murid2 dapat menguasai sesuatu subjeck tu..tak semestinya murid2 yg bijak berbahasa Inggeris tu akan bijak juga dlm subjek2 lain. Dan tak semestinya murid2 yg tak tahu berbahasa Inggeris tu tak boleh score dlm subjek2 lain..Math tu bagi aku adalah satu subjek yg amat menyeronokkan di mana kita hanya bermain dgn angka & formula. Asas ni la yg paling penting. Tak kira apa bahasa sekalipun yg digunakan, jln pengiraannya adalah sama, formulanya adalah sama dan tak akan berubah. Jadi, bagi yg dah memang mahir, akan terus mahir jika Math diajar dlm bahasa yg mereka fahami. begitu juga dgn yg masih kurang mahir, bila di ajar dlm bahasa yg mereka fahami, maka mereka akan mudah mengingati & semestinya boleh menyelesaikan soalan yg diberikan. Simple saje kan? Nape la nak disusah2 kan pulak benda yg senang...sepatutnya murid2 boleh faham perkataan tambah..(2+1=3). Jika dlm BI, di sebut pula 'two plus one equal to three'. Camane plak klu ditukar perkataan plus kepada 'add' ? Dah berapa perkataan yg budak2 ni nak kena ingat? Budak2 pintar boleh la, tapi tak semua kan?? Kuasa Tuhan...ada yg bijak, ada yg lemah..itu kita kena setuju...& terima.. baru plus & add, klu minus ble gak disebut subtract..erk..byk lagi la..seterusnya multiply (times), division (divided by).....Dalam kelas kadang2 ok je budak2 ni ngikut cikgu ajar, bila dah time exam, mula la semuanya jadi tunggang terbalik...kesiaaan...semuanye berterabuurrrr...

Bila perbincangan mengenai keputusan peperiksaan (PKSR) di sekolah, mcm2 jawapan yg akan diberikan oleh guru. Ada yg cakap, murid tak memahami kehendak soalan, murid tak boleh ingat maksud perkataan, bla bla..Semua pun betul...camana klu murid2 nak jawab dgn betul, klu murid tu tak paham apa kehendak soalan?? Bila time perbincangan soalan dlm kelas, murid2 akan jawab...OOooooo...itu yg dia nak...haha...lu pikir la sendiri!!! - bak kata Nabil.

Mungkin juga ada yg tidak sependapat dgn aku...tapi, pada guru2 sekolah, aku rasa mereka akan setuju dgn pendapat aku..Maybe tade masalah pada yg mengajar di bandar yg kebanyakan mereka menggunakan BI dalam pertuturan harian mereka..Berjaya kah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ?? Dalam nya ada dasar yg ingin merapatkan jurang pendidikan...Tapi, betul ke? aku rasa menjauhkan ada la...murid yg di bandar makin pandai, murid2 di luar bandar.. sedang asyik leka belajar mengeja n menghafal maksud perkataan dlm dua bahasa. At last, satu pun mereka tak dapat..jgn yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran...

Berfikirlah kita sejenak, bgmanakah peribadi anak2 bangsa kita nanti..Adakah mereka akan bangga akan bahasa mereka sendiri? Banggakah mereka menjadi anak Melayu...? Akan kukuhkah semangat jati diri mereka? Sayangkah mereka pada negara mereka sendiri nanti? Tatau la aku...hehehe..tgk la dlm 10 tahun yg akan datang...camne ek..jgn ada lagi yg melenting bila anak melayu sendiri dah rasa bodoh bile bercakap dlm bahasa melayu...pelik tul kan?? Asal lak nak bising2 pasal tu? Heheh..mane satu betull ni....

Apa2 pun bergantung lah pada keputusan kerajaan..mereka yg berhak menentukan apa jua keputusan..Yg penting bagi aku, klu berkebolehan, boleh la kita belajar banyak2 bahasa...Klu minat cite doraemon & otomeng, belajar la bahasa Jepun, klu nak pegi jumpe Sarukkan, belaja la Bahsa Industan, klu nak goyang inul, cakap la bahsa Indon, klu nak naik ke bulan, belajar la bahasa Rusia. Klu tanak kena tipu dek cina masa tawar menawar harga barang, belajar la bahasa Cina..hehehe...pilih saje mane yg bekenan di hati...Erk cuma Bahasa Arab je jarang org nak belajar, padahal dlu2 mat saleh banyak belajar & kaji Al-Quran. dari situ lah mereka dapat cedok idea utk cipta2 roket & sebagainya. Betul tak??

Anyway, pada budak2 sekolah, terima lah apa saja keputusan kerajaan. Tingkat usaha anda & jadilah ia sebagai satu cabaran yg harus kita terima & jadikan ianya sebagai perangsang utk berjaya...InsyaAllah..jgn asyik cari kesalahan guru & berdendam pada guru. Walau kita bijak mcm mane pun, tanpa rasa hormat pada guru, tak ke mana ilmu kita tu...tak berkat lah segala duit hasil dari pekerjaan kita tu..ingatlah!

Buat guru2 di luar sane, bersabar lah dlm menjalankan tugas anda. Jgn terpesong dari tujuan asal anda utk mendidik anak bangsa. Walaupun sekarang ni tugas guru lebih berat lagi..terpaksa mendidik murid2 di sekolah yg berbagai2 karenah, mendidik anak ketika di rumah (klu anak tak score, malu plak- stress ni...), menahan leteran guru besar, malah terpaksa bertungkus-lumus menyediakan apa2 laporan yg diperlukan oleh PPD atau JPN. Kadang2 kerja ni lagi banyak dari P&P di dlm kelas. Huhh...Yg penting, jasa guru tak ternilai harganya....tidak dapat dibandingkan dgn wang ringgit.



0 comments: