Menantu Atau Hantu??

Menantu dan hantu bunyinye seakan2 sama..hehehe..maknanya jika menantu tu melakukan kesilapan atau buat bende2 yg menyakitkan hati mertua (aku tak sure ejaan ni betul ke idak..ataupun mentua, ah..mana2 lah..), pastilah dia akan dianggap sebagai hantu..hehehe..tak ke sama je tuu..

Ada yg beranggapan, walau mcm mana baik pun hubungan mertua dgn menantu, hidup sebumbung dgn mertua banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan..betul ke? Aku pun tak pasti dgn soklan ni. Lebih baik kita alami sendiri mende ni, baru ble cakap betul ke idak..

Ada jg yg beranggapan, walau baik mcm mana pun mertua tu dgn kita, mereka tetap tak boleh menggantikan tmpt ibu kita sendiri...huurmm..aku pun terangkat2 bahu ni menandakan aku sendiri pun tatau kesahihannya..

Walau ape pun jawapan kita, itu adalah bergantung pada individu (mertua n menantu). Tapi bagi aku, menantu patut mengalah dengan mertua. Bukankah yg muda patut menghormati yg tua? Bukankah suami@isteri kita lahir dari rahim ibu mertua kita? Wujudkah pasangan kita jika ibu mereka tidak melahirkan mereka?

Kesabaran adalah aset paling penting dalam membina hubungan baik dgn mertua. Aku pun pernah jadi hantu (dah insaf dahh..). Tapi Alhamdulillah Tuhan memberi peluang kepada aku untuk berubah..Kita hanya perlu berfikir sejenak, apakah mereka punya banyak masa hidup di dunia ni? (walaupun ada jugak org muda yg 'go' dlu). Sejauh mana kita kenal hati budi pasangan kita berbanding dengan ibu bapa mereka(suami @ isteri) ?

Nasihat aku buat menantu2 di luar sane( peringatan buat aku juga), tak usah la cari gaduh dengan mertua..jadilah menantu yg bertimbang rasa. Pendam kan saje rasa yg tidak puas hati. Berbuat baik lah pada mereka sebagai mana mereka telah menjaga anak mereka sehingga menjadi pasangan kita hari ini..Lebih2 lagi jika kita juga punyai anak. Bayangkan kita di tempat mertua kita pada suatu hari nanti.. sanggupkah kita hadapi perkara yg sama di kemudian hari?

Buat ibu mertuaku, akan aku cium tangan mu selama kau masih hidup..Terima kasih kerana melahirkan insan yg amat aku cintai..Berkat dari doamu sepanjang malam, anakmu kini bergelar suami yg soleh dan bertanggungjawab. Doamu masih kami perlukan utk meneruskan hidup dengan selamat dan penuh keberkatan. Dunia tidak selamanya, sudah pasti akhirat jua yg kekal abadi...

Gambar bersama ibu mertua yg amat aku hormati ketika melawat Masjid Kristal di Pulau
Wan Man, K.terengganu

Pasangan bahagia...

0 comments: