Hadiah Buat Suami..

Blog ni aku create saje untuk suke2 .. takde yang penting sangat untuk dihebahkan..cuma, jika ada sahabat handai yang sudi berkongsi pengalaman, memberi tunjuk ajar dan pandangan tentang apa yg aku nak tulis ni, bule la di share kan di blog yang tak seberapa ni..kita pakat2 berkongsi ilmu yang bule membawa kebaikan kepada kita semua. Amiiin..

Antara sebab utama aku create blog ni adalah tak lain tak bukan sebagai 'hadiah' buat suami tercinta (Hazimin Mazran) atau lebih dikenali sebagai Jimi...:P.. Hadiah ni tade la special sangat pun, cuma kalau ada idea2 bernas dan tunjuk ajar dan pandangan dari rakan2 sekalian, mesti la ianya menjadi satu hadiah yang paling berharga..mesti hubby aku lagi sayang kat aku..hahaha..ye la kot! Moreover, Jimi tak tahu sangat pasal nak create2 mende alah ni selain dari bz dengan kerja dan hobi2 dia yang lain. Sometimes ada la jugak dia dok baca Kelate.net, Youtube.com (tgk drift ler nih) & adalah beberapa yg lain yang tak perlu disebut di sini kot! ...Aku? Aku pun tak tau juga sebenarnya..hehehe..cuma atas tunjuk ajar member2 yg tak kedekut ilmu tu, maka membuak2 la semangat aku untuk menghasilkan blog ni.

Sebelum ni banyak gak aku baca blog yg member2 punyer, hmm..semuanya mengkagumkan..tapi tak pela, aku pun baru nak belajar2 merangkak dalam bidang ni.. kalau aku dah terror sangat mesti aku dah ngalahkan jutawan internet tu!! Hehehe..Blog kawan2 semua guna Bahasa Inggeris, tapi aku...alaaa..tak kisah la..asalkan orng paham & aku sendiri paham. Klu aku tulis dalam Bahasa Inggeris, kawan2 pun tak paham & aku sendiri pun lagi la tak paham (kes ayat tunggang tebalik)..huahuahua...

Antara sebab lain yang menyebabkan hati ni terdetik untuk menulis blog ni ialah aku tade keja..hehehe..selain dari memasak, membasuh, mengemas (sekali je sehari), bancuh susu (5,6 botol gak la sehari), dan bla bla..aku suke gak tercongok depan pc ni..jadi selain dari asyik berchatting dan mengupdate facebook, bule la gak aku mengumpul maklumat2 penting untuk kegunaan Jimi nanti..Itupun kadang2 terpaksa berperang dengan baby pat tahun (Hurin) tu berebut nak main game. Entah la budak-budak zaman sekarang 3 4 tahun dah reti nak godek2 mende alah ni..Berbeza sgt dgn masa aku dlu..1st time tekan2 keyboard computer masa year 6 (12 tahun). Itupun kat sekolah & wat typing jek.


Ini la rupenyer budak Hurin yg khusyuk masyhuuukkk bermain game feberetnya. Barbie Dressup

Gitu le serba sedikit latar belakang penubuhan blog ni. InsyaAllah di masa akan datang, aku akan mengupgrade kan blog ni ke tahap impak maksima (perasan je lebih ni..)..Bila dah ada blog sendiri, aku akan publish gak business aku yg kecil-kecilan tu, resepi2 tradisional yg aku tahu, petua2 dan hal2 lain yang boleh dikongsikan bersama teman2..Ayooohh blogger..here I come!! Yuhhuuuu...~\o/~















0 comments: