Bakal Isteri/ Suami Pilihan Zaman Sekarang...

Last 3 days, aku ada berchatting dgn sorang teman.. lelaki.. kawan lama & satu kg. Mula2 tu sedih gak dgr citer dia..tapi at the end tu aku rasa mcm happy plak..hehehe..nak tahu Y? Jgn salah paham, korang baca la dlu sampai abis.. Kisahnya byk berkisar pd percintaan yg telah menemui kegagalan.

Aku suke korek2 rahsia ni, bukan nak menyebok, tapi sekadar nak memberi pendapat, sokongan & memujuk hati yg dlm kesedihan..Bila dah korek2 semua, tahu la sbb ape dorang clash..hmm..berbaloi2 sgt keputusan yg member tu buat! Sebab tu la aku rasa dah tak sedih bagi pihak dia. Dah memang betul la keputusan yg dia buat tu..

Walau hati berat utk berpisah, tapi itulah jalan yg terbaik. Semuanya gara2 si gadis sudah berubah tingkah laku & perangai, meninggi diri & tidak tahu menjaga hati pihak lain. Susah gak kan? Jadi, buat ape nak dera hati sendiri dok memikirkan sikap & kelakuan si dia.. Walhal, masih ramai yg lagi di luar sane yg sanggup bersusah & senang dgn kita. Ada ke? Ade...InsyaAllah...percayalah.. Allah akan memakbulkan doa2 org yg teraniaya. Lgpun, "Wanita-
wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik."

Kepada para lelaki dan wanita yang ingin berkahwin, jadikanlah ayat di atas sbgai iktibar & panduan dalam mencari pasangan dan kepada yang dah pun berumahtangga, renungkanlah bersama dan muhasabah diri kita kembali apabila menghadapi masalah dalam rumahtangga dan apakah sebabnya Allah mempertemukan jodoh kita dengan pasangan kita sekarang. InsyaAllah, akan terungkai lah segala kekusutan.

Itu la zaman sekarang, nak cari calon isteri atau suami yg sesuai, agak susah. Kdg2 masa bercinta, semuanya nampak molek. Ye la, waktu ni org sekeliling ckp ape pun da tak endah..Apa yg buruk pun nampak cantik, nampak betul...Tapi, bila da kawin, baru la terbongkar segala rahsia & tindak tanduk sebenar.. Ape org kate tu, hipokrit? A'a...kes belakon lebih la ni..Sebab tu la skang ni dari citer yg kita dgr, ramai pasangan yg rumahtangga mereka musnah di tengah jalan..Kadang2 masa becinta lagi lama dari masa hidup berumahtangga..

Masa sekolah dlu, cikgu aku selalu bercerita pasal pasangan kekasih yg sedang asyik masyuk bercintaa..Masa ni, semua nya harum. Bau kentut si pasangan pun harum! heheheh..Klu naik bas sesame, tetibe je pasangan terlepas 'angin' & si sorang lagi wat tak tahu jer..hahahah..cuba klu dah kawin, mesti ayat ni dah tersembur, " Ya Allah, nak buang angin pegi la jauh2 sket..Da la mcm bau bangkai!"...:P

Klu jln2 lak, yg si gadis tersepak batu hampir2 tersadung (sambil tgk kiri kanan kot2 ada org nengok dgn muka kemerah-merahan menahan malu). Yg si teruna cepat2 amik batu, buang jauh2 sambil merungut " Asal la ko ada kat sini batu oi..pegi ler main jauh2. Sian kat aweks aku, sib baik tak luka parah!". Cuba klu da kawin, ayat dia jadik lain plak, "Awak ni...jalan pakai lutut yer, batu punyer la besar ble plak dia tersepak! Sib baik org tak nampak!". Gitu la hakikat sebenarnya.

Skang ni byk yg tertonggek2 membonceng motor dgn pakwe. Kat belakang tu ble duduk 3 org lagi..Tapi, pakwe nye pasal, melekat la kat atas belakang si teruna tu.. Ndak2 masa lalu ikut bonggol, saje je pakwe dia tanak brek, kasik spring lebih kat belakang tuuu...hehehe..Cuba klu dah kawin, mesti ayat ni yg keluar, " Cuba la duduk jauh2 sket, dah macam kura2 saya bawak motor ni, sempit sagt kat depan ni..Dah la panas, rimas ni...!".

Hehehe..pelik kan manusia ni? Jadi, buat lelaki2 atau perempuan2 di luar sane, berhati2 lah memilih pasangan. Jgn tersilap pilih. Biar sesal dahulu, jgn sesal kemudian. Di sini aku ada nak kongsi sikit petua utk pilih calon isteri. Semua pun agaknya dah mahir benar dalam bab ni.. Tapi tak pela, aku letak je la buat panduan utk cari menantu kita esok2...hehehe..


Mengikut sunah Nabi ada 4 syarat dalam memilih pasangan..
1) Agama
2) Keturunan
3) Kecantikkan
4) Harta


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:

"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya."

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah S.A.W menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calon isteri dari kalangan yang beragama serta berakhlak mulia, kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan Allah swt.

Ada beberapa perkara lagi yg harus kita ambil berat sewaktu memilih pasangan, antaranya :

1. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka.

2. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling.

3. Pasangan yg tiada pertalian darah dari keluarga terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mengukuhkan persaudaraan Islam.

4. Pilihlah yang masih gadis.

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud :
"Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan mudah meredhai kerjanya."

5. Pilih perempuan-perempuan yg keturunan banyak anak.

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud :
"Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti."

Hidup kita di dunia tak kekal lama..Apa amalan yg kita lakukan di sini, akan disoal kembali di alam kubur. Semua manusia pernah melakukan kesilapan, tapi apakah kita sedar kesilapan kita itu? Apakah ada rasa keinsafan dalam diri kita? Tepuk dada, tanya lah iman...!

"Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah". ~ Syahdunya ~

* Peringatan kepada diri aku sendiri, akan aku cuba jdi yg terbaik utk keluarga ku. Semoga Allah mengampuni segala dosa2 ku yg lalu. Amiinn...

2 comments:

ejai said...

aku menunggu apakh end up dr citer kwn ko tu.. so aku leh la jugak amik ikibar. kawan mu yg sore ni pun nak mintak ko nyer advice.. seems ko byk menghadapi isu2 ni.

hehehe..

sujimie said...

end up dia? clash je la..itu keputusan yg terbaik..byk lg pompn kat luar sane..nisbah skang 1 laki, 7 pompan..hehehe..ko kenali hati budi girl tu betul2..jumpe le kawan2 yg pernah rapat ngan dia..korek2 rahsia..ble la tahu dia pompan jenis mane..bg aku x salah mencuba kan, dari merana besok2..